Pasangan romantis, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson merupakan antara selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi di kalangan peminat setia mereka.
Sering berkongsikan aktiviti seharian di laman Instagram, pasangan itu kini sedang bercuti di Perth, Australia bersama anak mereka, Isaac Raees.
Terbaharu, Aiman ada memuat naik video kandid isterinya beserta ucapan yang cukup manis sempena meraikan ulang tahun ke-28 Zahirah yang disambut pada setiap 1 Februari.
Memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki isterinya, Aiman berkata dia sering kali terpegun apabila melihat sang bidadarinya sehingga tidak dapat memberikan perhatian terhadap setiap butir-butir kata yang keluar daripada mulut isteri kesayangan.
“It’s not my fault that most of the time I didn’t listen to a thing you are saying (Ia bukanlah saya sebab tidak selalu beri perhatian terhadap apa yang awak bualkan).
“Happy 28th birthday mommy @zahirahmacwilson. Me and Isaac love you so much,” tulis Aiman di ruangan kapsyen.
Aktres itu kemudiannya membalas kata-kata penghargaan dari suaminya;
“Always catch you staring then I have repeat myself everytime! (Selalu nampak awak merenung sehingga saya terpaksa mengulang balik apa yang diperkatakan setiap kali!) Love you sayang & our little sweet Isaac,” tulis Zahirah di ruang komen.
Aiman dah Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di sebuah premis acara di Damansara Perdana.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.