Alahai, bersemut betul MH lihat Alvin Chong dan Emma Maembong ni. Sebab itulah kot peminat selalu ‘kenen-kenenkan’ mereka berdua.
Semalam, Emma menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun maka itu, Alvin dan pelakon drama ‘Awak Suka Saya Tak’, Aman Aziz dan Kael melakukan satu kejutan buatnya.
Dalam pada itu, Alvin turut memuat naik satu foto berserta kapsyen bagi meraikan hari jadi ‘kawan baik’nya itu.
“Happy birthday @emma_maembongofficial . Stay happy, cheerful and wonderful like you always do,” tulisnya.
Kemudian, Alvin turut memuat naik satu lagi video menceritakan dengan lebih terperinci kejutan yang dibuat untuk Emma itu.
“Happy birthday again Miss Mermaid @emma_maembongofficial ! I’m glad you like the birthday gift. Not used to do surprises.
“Plan this quite last minute with the help from @amanazizofficial and @kaelofficial . Hope the small surprise sparkles your birthday a little,” tulisnya lagi.
Untungnya lahai wanita yang jadi ‘girlfriend’ atau isteri Alvin nanti sebab dia ni memang romantik habis. hehehee….
Sementara itu, MH turut tertarik dengan komen Siti Nordiana dan Hairul Azreen di video tersebut apabila mereka juga mengharapkan ‘kejutan’ yang sama semasa hari jadinya nanti.
sumber: Alvin Chong