Pelakon, Risteena seakan-akan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati yang juga merupakan pelakon, Isa Khan tidak lama lagi.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Risteena mendedahkan dia berasa sangat terharu dengan sikap Isa yang sanggup menemaninya mendandan rambut walaupun terpaksa menunggunya berjam-jam.

Jelas Risteena, Isa langsung dilihat tidak berganjak dan setia menemaninya sepanjang proses mendandan tersebut dijalankan.

Ads

“Counting days to be your wife @theisakhan . Sweetnya tunggu buat rambut for hours. Takde pergi mana-mana pun. Duduk diam je kat situ. Nanti lepas kahwin pun please macam ni okey!,” tulisnya.

Sementara itu, kakak kepada pelakon, Ruhainies ini turut memaklumkan dia kini sedang menghitung hari untuk disatukan dengan Isa dalam sebuah majlis yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Mac ini.

Ads

“Cuba teka date wedding ktorang. Kalau sapa betul, nak invite datang lah nanti! Cepat teka! Hehe. Hint – MARCH,” kongsinya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berasa sangat teruja selain turut menitipkan doa semoga segala urusan mereka ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.

“Sweetnya Tunggu, Takde Pergi Mana-Mana Pun,” – Sah Nikah Bulan Ini, Risteena Terharu Isa Khan Sanggup Teman Dia Berjam-Jam Buat Rambut “Sweetnya Tunggu, Takde Pergi Mana-Mana Pun,” – Sah Nikah Bulan Ini, Risteena Terharu Isa Khan Sanggup Teman Dia Berjam-Jam Buat Rambut “Sweetnya Tunggu, Takde Pergi Mana-Mana Pun,” – Sah Nikah Bulan Ini, Risteena Terharu Isa Khan Sanggup Teman Dia Berjam-Jam Buat Rambut

Sumber: Instagram Risteena

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI