Perjalanan kerjaya seni bermula pada tarikh 1 April 1996 dan kini genap 23 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar kejayaan sebagai anak seni paling popular sepanjang zaman.
Memuat naik sebuah posting mengucapkan kesyukuran di atas sambutan ini, Siti atau sinonim disapa Tok Ti mengakui segala usahanya adalah di atas kebesaran Allah SWT.
“Alhamdullillah.. Segala puji hanya bagi Allah SWT .. Kerana DIA saya di sini , Kerana DIA saya bertemu kalian di pentas seni .. Semoga Allah beri keberkatan silaturrahim ini
#Repost @rozisangdewi with @make_repost
“Selamat ulangtahun ke-23 di dalam industri seni @ctdk.
“Semoga terus memartabatkan industri dengan karyamu, meneladani dengan rendah hati, menyantuni dengan keikhlasan serta memperkembangkannya dengan kecemerlangan.”
Kerjaya nyanyian penyanyi nombor satu negara ini bermula menerusi Bintang HMI RTM menerusi lagu Camar Yang Pulang nyanyian Aishah.
Isteri kepada Datuk K ini meneruskan rentak kecemerlangan apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 menerusi album pertama, Jerat Percintaan.
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan album sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, sepanjang kerjaya muziknya.
Sehingga kini, dia telah merakamkan sekitar 18 buah album antaranya Cindai, Pancawarna, Prasasti Seni dan SimetriSiti.
Selamat ulang tahun ke-23 MH ucapkan, moga terus sukses dalam kerjaya!
Foto – Instagram Siti Nurhaliza