Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia selesa dengan warga kerja Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sehingga ada yang menyifatkan dirinya ‘extra sporting’ ketika berada di posisi juri bagi musim kali ini.

Syafinaz, 49, berkata dia juga senang bekerja dengan hos program tersebut, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

“Saya hanya jadi diri sendiri. Cuma saya mungkin lebih relak sebab Nabil dan Elly Mazlein. Saya rasa selesa dengan mereka. Jadi bila saya sudah selesa, saya pun akan ‘naik gila’ juga.

“Mungkin ramai orang tak percaya. Dulu-dulu saya ada cakap saya ni seorang yang gila-gila. Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu saya jenis yang bagaimana. Tak kenal maka tak cinta.

Ads

“Kalau nak kata ‘extra sporting’ musim kali ini, mungkin kerana saya sudah selesalah. Begitu juga dengan barisan juri, memandangkan sudah terbiasa kerja dengan mereka juga sebelum ini,” katanya kepada MH.

Syafinaz yang sinonim menerusi lagu Ingin Bersamamu turut mengulas mengenai pendekatannya di dalam memberikan komen infotmatif dalam soal teknik vokal kepada para peserta.

Ads

“Kalau anda melihat cara saya beri komen sama sahaja. Cuma bezanya ialah jenis pertandingan. Macam sekarang, ia GV. Jadi kita akan bercakap dengan mereka yang sudah biasa menyanyi.

Ads

“Ia berbeza macam contoh seperti Big Stage atau Bintang RTM yang mana pesertanya terdiri daripada mereka yang masih baharu nak menyanyi. Jadi cara bercakap itu berbeza.

“Malah ada juga pertandingan yang mempunyai cikgu vokal sendiri. Jadi bila saya beri komen itu, ia sebenarnya adalah untuk cikgu vokal itu juga. Bila dia mendengar, mungkin ada yang boleh diperbaiki,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI