Awal semalam, pelakon Syafiq Kyle ada berkongsi sedutan drama rantaian, Nur 2 episod pertama jam 10.00 malam ini di TV3 menerusi slot Samarinda.
Berkongsi keratan pendek saat dia melalui lorong gelap yang pernah menemukan Ustaz Adam (Syafiq Kyle) dan Nur (Amyra Rosli), menerusi Instagram, rata-rata peminat bagai tidak sabar menonon episod pertama drama berkenaan, termasuk rakan selebriti.
“Ustaz Adam menguak halaman baru bagi bab kedua dalam buku hidupnya, esok. Bismillahirrahmannirrahhim #Nur2,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, dalam ratusan komen yang ditinggalkan, pelakon baru Mimi Lana turut memberi komen yang paling sweet iaitu;
Lalu, komen yang diberikan Mimi itu turut mendapat likes di kalangan netizen. Selain Mimi, aktres Nad Zainal turut meninggalkan komen humor terhadap entri berkenaan.
Foto: Instagram Syafiq Kyle, Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI