Pengarah yang juga adik kepada Syamsul Yusof, Syafiq Yusof, 31, mengakui sehingga sekarang tidak pernah bertemu dengan isteri kedua abangnya, Ira Kazar.
Menurut Syafiq, dia juga tidak mengetahui sama ada ibu dan bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail ada bertemu dengan wanita tersebut atau sebaliknya.
“Saya tak ada jumpa dia. Saya tak pasti ibu ayah juga begitu. Saya sebenarnya, kalau boleh, hal keluarga biarlah kekal hal sebagai hal peribadi keluarga.
“Tetapi saya faham, bapa saya dan kami ini adalah keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian.
“Tetapi, sesiapa pun boleh fikir waras dan boleh tahu bahawa tak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur baur, malah kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya.
Syafiq mengakui tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya yang kini menjadi kontroversi kerana tidak duduk serumah dan jarang berjumpa.
Ads
“Masing-masing sibuk dan dia pun ada banyak filem besar. Kali terakhir kaki berjumpa adalah pada hari raya tahun lepas. Tetapi, perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.
“Kami bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri,” katanya.
Mengenali abangnya, Syafiq percaya Syamsul seorang yang tabah meskipun sedang berdepan dengan ujian atau masalah.
Ads
“Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah seperti ayah kami. Apa sahaja masalah, kerja dia mesti siap dan saya percaya dia mampu kendalikan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syafiq berharap netizen dan orang ramai berhenti daripada terus mencetuskan spekulasi tidak benar yang memburukkan lagi keadaan tentang keluarganya.
“Paling utama, saya harap netizen tidak buat andaian yang bukan-bukan. Selain itu, saya harap isu ini selesai cepat dan tak nak hal peribadi keluarga ini terus menjadi bualan ramai.
Ads
“Tiada apa yang saya dapat katakan. Cuma, mahu mendoakan kebahagiaan dan ketenangan ibu bapa dan keluarga. Saya tak masuk campur namun sebagai adiknya, saya tetap doakan kebahagiaan dan ketenangan Syamsul dan keluarga,” katanya.
Kisah pergolakan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana terus diperkatakan ramai apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah berkahwin buat kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapanya, pelakon veteran, Kazar Saisi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 dengan menyediakan hidangan air tangannya buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sambutan secara sederhana yang disambut di kediamannya itu memperlihatkan aksi Siti m, 43, di dapur memasak lauk-pauk melayu seperti ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas ikan merah serta sambal udang petai.
“Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai… masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah,” kata Siti menerusi perkongsian di Instagram Story.
Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Siti dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia 16 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah dua tahun berjauhan, pelawak, Vicha Saywho akhirnya bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama anak-anaknya yang baru sahaja tiba daripada Indonesia.
Menurut Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, dia amat bersyukur selepas akhirnya dia diberikan kesempatan untuk bertemu semula dengan anak-anak itu setelah pintu sempadan kedua-dua buah negara dibuka pada 1 April lalu.
“Yeaahhh alhamdulillah finally after years plus dapat jumpa lagi dengan anak-anak. Ya Allah tak dapat gambarkan macam mana perasaan saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pemenang Muzikal Lawak Superstar 2019 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak sabar untuk mempertemukan anak-anaknya itu dengan keluarga barunya.
“Alhamdulillah ya Allah di permudahkan segala urusan dan yaaa kami akan beraya dekat Malaysia. Tak sabar nak bawa diaorang jumpa adik dia junior.
“Pasti mereka happy sebab first time jumpa,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat Vicha serta keluarganya.
“Alhamdulillah, so happy for you.
“Wah, mesti meriah raya tahun ni.
“Yay, lebih meriah raya kali ni bila dapat berkumpul semua.
“Selamat beraya di Malaysia Vicha sekeluarga.
“Seronoknya. Mesti anak-anak pun rindu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sementara itu, Vicha turut berkongsi momen-momen sewaktu menjemput mereka di lapangan terbang di saluran Youtube miliknya.
Januari lalu, Vicha memaklumkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Nigeria dikenali sebagai Johnson sejak tiga tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Michael Trevor Ayomide yang kini telah pun berusia dua tahun.
Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Vicha Saywho
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media sosial.
Menurut Atikah, dia belum bersedia untuk mengesahkan berita kehamilannya kerana masih menanti masa yang lebih sesuai.
“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi mengenainya kerana mahu mengelak perkara tidak diingini.
“Saya berjanji akan berkongsi mengenainya kepada pihak media dan peminat bila tiba masanya nanti,” kata bintang asal Singapura itu, petik Harian Metro.
Terdahulu, Atikah seakan memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua menerusi ‘content’ memasaknya di media sosial menerusi ‘Mual Series’.
Menerusi perkongsiannya itu, Atikah memaklumkan dia bukan sahaja mengalami rasa mual malah sering diserang migrain ketika memasak menu ‘Pizza Margherita’.
Perkongsian berkenaan juga turut mendapat maklum balas positif daripada paea pengikutnya.
Imbas kembali, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.