Syahdu… Ingati Ulang Tahun Perkahwinan, Bunga Citra Lestari Ziarah Pusara Arwah Suaminya

Share

Tidak dinafikan, kehilangan insan tersayang buat selamanya bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, Bunga kelihatan telah ziarah pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Setelah hampir 10 bulan kehilangan suami tercinta dan menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.

“Happy anniversary,” tulisnya ringkas.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.

Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.

Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Published by
Nazar Rafiqhi