Umum mengetahui bahawa salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli kehilangan anaknya, Muhammad Syahid, Jun tahun lalu kerana kanser Limfoma.

Pastinya, kehilangan tersebut turut mengundang duka pada semua rakyat Malaysia. MH lihat ramai yang memberikan ucapan kata-kata semangat buat keluarga Bazli.

Berikutan itu, Bazli ada memuat naik satu gambar di laman Instagram (IG) miliknya, mencerita mengenai peristiwa sedih tersebut.

Ads

“On this day, status saya setahun lalu. Ujian saya sekeluarga tahun lalu. Berdebar saya bila buka Facebook ‘On this day’ sebab saya tau gambar yg keluar adalah kenangan liku-liku apa yang kami sedang hadapi dan ujian anak tercinta, Syahid sedang sakit.

“Masa Syahid baru lepas diagnos. Hasil ujian doktor sahkan Syahid ada kanser limfoma. Apa perasaan kami waktu tu bila doktor jumpa dan bgtau akan hal sebenar ini?

“Status yang saya tulis pada hari itu, itulah yg kami rasa,” tulisnya di IG

Tambah Bazli lagi, sebuah buku dedikasi khas akan dibuat menceritakan dengan terperinci mengenai anaknya itu.

“Cerita lebih panjang dan ‘detail’ saya muatkan dalam buku istimewa ‘Syahid Bintang Syurga’,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Bazli juga turut memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak yang sakit.

Ads

“Gambar ni adalah wajah bersih Syahid sebelum mula kimo. Lepas kimo habis semua merosot kesihatan syahid hinggalah saat mandikan jasad Syahid.

“Masa tu Syahid terserlah semula wajah manis syahid.. Mungkin ramai yang sedang baca status ni juga sedang diuji kesihatan anak. Tabah dan bersabarlah…

“Hadapilah dgn kental. Yg pernah hadapi saja tau. Memang ALLAH SWT nak uji kita, nak tengok iman kita, lagi sedih lagi ingat ALLAH SWt, lagi ‘down’ lagi sebut ALLAH SWT,” tulisnya lagi.

On this day.. Status saya setahun lalu. Ujian saya sekeluarga thun lalu. Berdebar sy bila buka fb onthisday sbb sy tau gambar yg keluar adalah kenangan liku2 apa yg kami sedang hadapi dan ujian anak tercinta syahid sedang sakit. Masa syahid br lepas diagnos. Hasil ujian doktor sahkan syahid ada kanser limfoma. Apa perasaan kami waktu tu bila doktor jumpa dan bgtau akan hal sebenar ini? Status yg sy tulis pd hari itu, itulah yg kami rasa. Cerita lbh panjgn dan detail sy muatkan dalam buku istimewa Syahid Bintang Syurga. Gambar ni adalah wajah bersih syahid sebelum mula kimo. Lepas kimo habis semua merosot kesihatan syahid hinggalah saat mandikan jasad syahid. Masa tu syahid terserlah semula wajah manis syahid.. Munkin ramai yg sedang baca status ni juga sedang diuji kesihatan anak. Tabah dan bersabarlah.. Hadapilah dgn kental. Yg pernah hadapi saja tau. Mmg Allah nk uji kita.. Nk tgk iman kita.. Lagi sedih lgi ingt Allah, lagi down lagi sebut Allah. #kenangan @syahid_bintangsyurga #syahid #bintangsyurga

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Ads

Berkaca mata MH membaca nukilan Bazli tersebut. Ternyata dia seorang yang kuat dalam menghadapi kehilangan orang tersayang. Benarlah, bahawa ALLAH SWT tidak akan menguji hamba-Nya melainkan seseorang itu mampu mengadapi dugaan tersebut.

sumber: IG Bazli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI