Tahniah diucapkan buat Syahmi Sazli apabila karya terkini arahannya, Satu Hari Sebelum Raya berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 Juta selepas ditayangkan sejak 6 April lalu.
Sambil meluahkan rasa syukur, Syahmi berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Alhamdulillah kutipan sudah mencecah RM1,000,000. Rezeki Allah bagi duit raya di saat live tiktok kena ban selamanya. Teruskan melanggan Satu Hari Sebelum Raya di Astro First channel 480,” tulisnya.
Satu Hari Sebelum Raya adalah filem ketiga arahan Syahmi selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022) dan dibarisi pelakon antaranya Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer dan Hushairy Hussein.
Badri Radzi (bekas pemain bola sepak kebangsaan), Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul dan Poyie Gasi turut terbabit di dalam naskhah ini.
Ads
Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Ads
Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah lebih 11 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, pelakon Idzham Ismail berkata dia akhirnya puas apabila wataknya sebagai Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya mendapat perhatian ramai.
Menurut Idzham, 35, dia terharu apabila ramai peminat drama tersebut memberikan komen-komen positif selain tertunggu-tunggu wataknya menerusi drama yang diadaptasi menerusi novel Siti Rosmizah Ismail menggunakan judul sama.
“Ini merupakan kali kedua saya dapat pegang watak protagonis (watak baik).
“Novel ini memang popular dan ada kelompok peminatnya yang tersendiri jadi saya agak risau sebenarnya jika tak dapat bawa Ikram mengikut expectation pembaca.
“Namun, Alhamdulillah saya lega bila dapat komen-komen positif yang mana mereka semua suka dengan pembawaan saya untuk watak Ikram.
“Jadi saya harap dengan watak Ikram ini dapat jadi batu loncatan untuk produser-produser berikan watak sebegini kepada saya selepas ini,” katanya kepada MH.
Idzham ditemui di Kay’s Steak & Lobster, IOI Connexion, Putrajaya baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu diberi peluang merasai hidangan terbaharu restoran tersebut iaitu Beef Wellington yang cukup terkenal di negara Barat.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berterima kasih kepada penulis skrip drama tersebut yang juga merupakan novelisnya, Siti Rosmizah Ismail kerana mencadangkan namanya untuk watak tersebut kepada pihak produksi dan stesen televisyen.
“Selama 11 tahun dalam bidang ini, saya susah diberi peluang untuk pegang watak baik. Selalu karakter jahat macam perogol, kaki pukul diberi kepada saya.
“Siti Rosmizah merupakan orang pertama yang berani push nama saya untuk watak protagonis.
“Bila dah dapat kepercayaan itu, saya memang nak buktikan tak semestinya muka melayu macam ini tak boleh bawa watak lelaki baik.
“Ada orang cakap dengan saya, watak baik kalau kita salah bawa, memang boleh tenggelam.
“Itu adalah satu cabaran besar buat saya tapi Alhamdulillah melihatkan respon penonton, watak Ikram memang sentiasa ditunggu-tunggu mereka sebab dia adalah ‘penyejuk’ dalam drama ini,” katanya lagi.
Selain Idzham, drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Dayang Areeda.
Drama arahan Jamal Khan itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah tersohor, Aziz M. Osman mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan syarat yang diletakkan oleh pihak stesen televisyen untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial.
Bercakap di program, Begitu Begini Dj Nazz, Aziz merasakan untuk mendapatkan jutaan pengikut di media sosial, bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana mereka perlu mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Katanya lagi, para pengarah harus memanfaatkan peluang tersebut untuk membentuk para selebriti media sosial ini menjadi bintang pada masa akan datang.
Perkara tersebut telah dibuktikannya ketika dia mula-mula membawa masuk nama-nama besar seperti Neelofa, Maya Karin dan Sari Yanti ke dalam industri lakonan tanah air satu ketika dahulu.
“Kita kena akui fakta, rakan-rakan artis mungkin akan marah saya kalau saya bercakap mengenai perkara ini. Saya boleh terima bila stesen tv inginkan pelakon yang memiliki 1 juta followers.
“Bagi saya, untuk mendapatkan 1 juta followers, ia bukan satu perkara yang mudah. Mereka mesti ada sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bakat. Bagaimanapun, kalau mereka tiada bakat, mereka tetap akan ditolak.
“Saya memperkenalkan pelakon-pelakon seperti Maya Karin, Neelofa, Sari Yanti dan ramai lagi. Mereka dulu bermula dengan tiada apa-apa. Ada segelintir pihak yang menganggap saya hanya mengambil pelakon-pelakon bintang. Sebenarnya tidak.
“Saya hanya mengambil pendatang filem baru kemudian, saya bentuk mereka menjadi bintang seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama, Kampung Pisang Bersiri-Siri ini turut berpendapat sikap iri hati terhadap mereka yang mempunyai jumlah followers yang ramai ini harus dihentikan sebaliknya bersainglah dengan sihat bagi merebut sesebuah tawaran itu.
“Kalau mereka sudah hadir dengan followers yang begitu ramai, kini tanggungjawab saya atau para rakan pengarah pula yang didik mereka untuk menjadi bintang pada masa akan datang.
“Jangan kita iri hati dengan mereka yang punyai followers sampai berjuta ni. Saya tak nafikan juga yang tiada followers pun berbakat. Saya rasa persaingan itu sihat. Tak perlu pun iri hati atau dengki dengan kelebihan orang lain,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Aziz tidak menafikan pemilihan seseorang pelakon itu harus bersesuai dengan watak yang diberikan.
“Saya tak kata yang saya okay dengan syarat yang diletakkan oleh stesen tv itu. Cuma saya memandangnya dari sudut yang positif. Secara peribadi, kalau tidak kena pada watak, saya tidak akan pilih Instafamous tu. Saya tidak akan paksa mereka untuk sesuaikan dengan watak.
“Ambil sahaja contoh Arwah Mamat Khalid, kesemua budak-budak Kampung Pisang tu, followers mereka pun tak banyak. Watak tersebut tetap juga menjadi.
“Seperti kita tahu, sebahagian daripada followers yang berjuta itu adalah haters. Mereka mengikuti seseorang itu untuk bergosip atau bercakap mengenai pelakon tersebut. Bila ada ramai yang nak bercakap mengenai mereka, mesti mereka ada sesuatu yang lain daripada yang lain,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aziz memaklumkan dia kini bakal kembali mengarahkan sebuah lagi filem komedi melibatkan kumpulan lawak lagenda, Senario.
Sumber: Youtube Gegar FM, Instagram Aziz M. Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!