Penyanyi popular Indonesia, Syahrini berkongsi kepada umum yang dia sudah selamat melahirkan anak sulungnya pada Khamis, 1 Ogos 2024.
Menjadikan kelahiran itu lebih manis, tanggal 1 Ogos juga merupakan hari jadi penyanyi yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, isteri kepada Reino Barack itu menyatakan bahawa anak sulungnya itu yang digelar Princess R dilahirkan di Singapura.
“MasyaAllah, Bismillahirrahmanirrahim. Singapura,1 Ogos 2024. Menyambut kehadiran si kecil berharga kami pada hari jadi saya,” tulisnya ringkas.
Manakala di dalam satu hantaran terbaru di Instagram pula, pemilik nama penuh Rini Fatimah Zaelani itu memanjatkan rasa kesyukuran atas kelahiran cahaya matanya itu.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.
“Penantian panjang yang berhujung indah, pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinmu.
“Terima kasih untuk suamiku yang luarbiasa memanjakan dan sentiasa siap mendampingi. Selamat datang ke dunia ayah imam terbaik Reino Barack,” tulis Syahrini panjang.
Syahrini yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Reino Barack, 40, pada tahun 2019. Perkahwinan mereka lima tahun lalu dilangsungkan di Masjid Tokyo Camii yang merupakan masjid terbesar di Tokyo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI