Pengarah filem kontroversi, Syamsul Yusof tetap nekad meneruskan tindakan saman terhadap pelakon Farid Kamil.

Walau bagaimanapun, pengarah filem Munafik itu tetap berharap agar hatinya dilembutkan untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Farid sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan.

“Saya berharap Allah lembutkan hati saya untuk menarik balik saman. Buat masa ini saman itu masih diteruskan.

“Ini bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi tindakan ini diambil ada orang menganggu dan berkata buruk tentang kita.

“Saya seorang yang sukakan keamanan dan tidak mahu ada sebarang isu dengan rakan artis kerana satu bidang.

“Apa tindakan anda kalau ada orang ganggu dan kutuk anda di media sosial. Saya tidak mahu berterusan berbalas kenyataan seperti budak-budak,” kata Syamsul kepada MH.

Ads

Syamsul ditemui selepas sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

Sebelum itu, Syamsul juga sempat menggulas mengenai penceraian dalam kalangan selebriti pada masa kini yang dilihat sudah menjadi seperti trend.

“Saya berharap semua orang doakan yang terbaik bukan sahaja untuk saya tetapi juga rakan artis yang lain.

“Isu ini (rumah tangga) sudah nampak seperti trend, tetapi ini bukan perkara main-main. Kehidupan peribadi, realitinya tidak semudah dan disangka.

Ads

“Doakan kami semua, tetapi saman tetap saman,” ujar Syamsul.

Syamsul memgambil tindakan undang-undang selepas Farid Kamil dipercayai menyindirnya apabila mendakwa dirinya pernah memukul seorang wanita bernama Diana.

‘Diana’ yang disebutkan dalam InstaStory Farid itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI