Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia hanya berhubung dengan bekas suami, Syamsul Yusof melibatkan urusan anak-anak dan tidak mengetahui mengenai perkembangan lain membabitkan pengarah itu.
Hasil tinjauan, kali terakhir Syamsul Yusof mengemas kini aktiviti di Instagram miliknya adalah pada November tahun lalu dan sejak itu tiada lagi sebarang hantaran di muat naik.
“Kita semua dekat KL (Kuala Lumpur) saja, kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.
“Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.
“Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan,” katanya, petik Oh Bulan.
Ads
Ads
Selain Syamsul, isterinya Ira Kazar juga tidak lagi aktif di Instagram dan TikTok miliknya, buat masa ini.
Imbas kembali, Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Ads
Syamsul mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.
Pada 14 Jun tahun sama, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Fatin Afeefa ada menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya dan menerusi Twit tersebut, pelakon berusia 25 tahun itu meluahkan rasa marah.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak pula disebut kepada mana-mana pihak.
“Nama awak Kim ke? Sebab perangai macam Kim*k,” tulisnya ringkas.
Pelakon cantik yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis sebuah majalah fesyen, baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Hadir mengenakan persalinan polos putih tanpa lengan lengkap berseluar, penampilan bintang cantik tak dinafikan memukau pandang.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...