Syamsul Yusof Masih Kunci Mulut Puteri Sarah Fail Cerai, Hanya Upload Foto Anak; “Sayang Sentiasa.”

Share

Pengarah Syamsul Yusof terus mendiamkan diri selepas isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram miliknya, Syamsul, 39, hanya memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah beserta kapsyen ringkas, ‘always love’ (sayang sentiasa) pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Syamsul turut memuat naik petikan video pendek memaparkan beberapa adegan dalam filem terbaharu arahannya, The Original Gangster yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azreen.

Terdahulu, Sarah memfailkan penceraian dengan ditemani dua adiknya, Sofia Megat dan Megat Imran Ikram pada pagi Isnin.

Aktres itu diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menyatakan sebutan kes pasangan itu akan diadakan pada 7 Mac depan.

Konflik rumah tangga pasangan selebriti itu dikatakan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dengan kehadiran individu ketiga iaitu Ira Kazar.

Kemuncaknya apabila pengarah filem Munafik itu akhirnya membuat pendedahan pada 6 Januari lalu dia sudah menikahi isteri keduanya, Ira di Thailand, berwalikan bapa Ira iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar