Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor, bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai taklik, hari ini.
Syamsul yang hadir pada jam 9.05 pagi tadi dengan persalinan serba hitam berkata dia meminta jasa baik rakan media untuk menunggu keputusan mahkamah.
“Saya baik, alhamdulillah. Komen saya, kita tunggu selepas ini. Kita tunggu selepas ini,” katanya ringkas.
Syamsul turut meluahkan perasaan rindu pada pihak media sebelum berlalu memasuki dewan bicara.
“Rindu kalian semua,” katanya lagi.
Sementara itu, Ira yang hadir lima minit kemudian tidak memberikan apa-apa komen sebaliknya hanya tersenyum.
Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata hari ini akan berjalan kes pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan oleh Ira Kazar.
“Pihak sana serahkan saman pada pihak kami pada 28 Ogos lalu.
“Ira failkan kes cerai taklik ini dua hari selepas kami failkan kes cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
“Terdahulu, Ira failkan kes ini pada 21 Ogos lalu,” katanya.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak turut hadir.
“Hari ini sebutan pertama untuk lafaz cerai dan saya difahamkan hari ini akan ada siasatan dan keputusan bergantung kepada mahkamah. Kedua-dua pihak akan hadir,” katanya.
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Mentaliti Segelintir Dari Kita ‘Tak Ada Perang, Tak Ada Kerja’, Maka…,” – Dayah Bakar
Pengacara Dayah Bakar tidak berapa bersetuju apabila ada pihak yang menganggap pasukan tentera seperti tidak membuat kerja sepatutnya.
Lantas, bekas pengacara 3R itu ada meluahkan perasaanya di Instagram mengenai perkara tersebut.
Untuk rekod, suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi juga merupakan antara yang berkhidmat dalam bidang tersebut.
“As you know, the Armed Forces personal are doing nothing except eating and sleeping.
“In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations.” – Mr Koon Yew Yin
My feelings when I read this ?
“I’m mad, I feel insulted and disgusted eventhough I’m not in the armed forces.
“Adakah kerana saya isteri seorang tentera? Ya . Adakah kerana saya seorang rakyat Malaysia ? Ya dan ya!,” jelasnya.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar memberi kesedaran kepada ramai agar sentiasa menanam rasa cinta akan negara.
“My dear readers, perkongsian saya bukan untuk menabur benih benci, tapi untuk memberi kesedaran dan menanam cinta serta hormat untuk mereka yang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia .
“Mungkin mentaliti segelintir dari kita “ tak ada perang, tak ada kerja ? “. Maka terus dijatuhkan fitnah “mereka” hanya makan dan tidur .
“Saya bukanlah orang yang arif untuk menyentuh bahagian pekerjaan dan latihan yang mereka lakukan.
“Tapi apa yang saya tahu , ini bukan tentang soal “kerja” , tapi tentang AMANAH dan TANGGUNGJAWAB .
“Mahukan kita bila terjadinya sesuatu yang mengancam keselamatan negara, waktu itu baru kita mencari “mereka” ?
“For everything they’ve done for us , they didn’t even ask for recognition or appreciation.
“Apa yang mereka tahu adalah to serve the country, to protect us, so we can eat and sleep in peace .
“We take that for granted kerana kita selesa dengan keamanan yang kita nikmati sekarang,” katanya.
Malah, Dayah mengakui bahawa anggota tentera mempunyai tugas khas untuk mempertahankan keamannan negara.
“Mereka” bertugas siang/malam, panas/ hujan, berlatih dan sentiasa bersiap siaga untuk mempertahan negara kita, Malaysia.
“Mereka” juga tidak punya kebebasan masa untuk sentiasa ada ruang untuk kongsi bersama keluarga .
“Mereka” juga tidak mengharapkan nilai keuntungan atau punya “interest” berganda untuk setiap tugasan . “Mereka” tidak hidup dengan kemewahan melimpah ruah tapi cukup untuk hidup sederhana.
“Mereka” juga sanggup korbankan nyawa demi keselamatan semua.
“Keamanan bukanlah percuma, keamanan hanya boleh diberi dengan pengorbanan yang tiada timbang tara , yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang dipanggil perwira.
“Jika kita tidak mampu atau mahu menggalas tugas itu, belajarlah menghargai dan menghormati .
“If you’re with me, comment TERIMA KASIH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA”, akhiri Dayah .
View this post on InstagramA post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Lalu,netizen telah menberikan respon positif terhadap perkongsian tersebut.
Bagaimanapun, isu ini sudah pun selesai apabila Koon Yew Yin memohon maaf ekoran kenyataannya sebelum ini, beberapa hari lalu.
Menurutnya, dia meminta maaf terutama kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataannya itu.
Malah, Yew Yin menjelaskan bahawa mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tidak disenangi sesetengah pihak.
Foto:Instagram Dayah Bakar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Tunai Wasiat Arwah Bapa Sanding Semula, Ini Foto-Foto Menarik Majlis Sanding Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Abdul Aziz Malam Tadi
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan, majlis persandingan semula bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapa, Datuk Yaakob Mohammad.
Malah, majlis yang diadakan awal malam tadi juga merupakan simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13, memetik mStar Online.
Tambah Fazley, arwah bapanya pernah berpesan meminta mereka untuk bersanding semula dan amanat tersebut sekali lagi disampaikan seminggu sebelum kematian Allahyarham pada 8 Februari 2016.
Terdahulu, kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media hadir meraikan sesi resepsi yang bertemakan tradisional moden itu.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis, termasuk memori rakaman ucapan istimewa ucapan arwah bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun yang mengundang rasa sebak di hati para tetamu.
Dilangsungkan di Laman Lanai Neo Damansara, pasangan ini bernikah pada 7 November 2005.
Sama cantik sama padan, berikut merupakan foto-foto istimewa sepanjng majlis berlangsung.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Tenang Di Sana Dik, Rider Kesayangan Semua,” – Hampir 3000 Datang Ziarah, Achey Ikut Sedih Permergian Hattem Rashdi
Pelakon dan pelawak, Achey turut menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian pelumba motosikal drag, Hattem Rashdi, 22, yang terlibat dalam kemalangan di litar lumba ketika menyertai perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record di Pekan, Pahang kelmarin.
Menurut Achey, arwah Hattem merupakan seorang sangat peramah dan disenangi oleh semua pihak.
“Semoga kau tenang di sana dik. Seorang yang murah dengan senyuman. Rider drag kesayangan semua.
“Satu-satunya Hattem Rashdi,” tulis.
Dedikasi itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Hattem yang mewakili ESR Motor dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memandangkan keadaannya makin tenat.
Bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir 12 jam, Allahyarham Hattem telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, di sini jam 12 tengah hari.
Menurut ibu kepada Allahyarham Hattem, Muniroh Ahmad, hampir 3,000 orang menziarahi jenazah arwah termasuk pengikut akaun Tik Tok Hattem yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir.
Malah, menerusi beberapa video tular di media sosial, jenazah Hattem telah diusung sambil diiringi ribuan kenalan terdiri daripada keluarga dan sahabat handai sehingga ke tanah perkuburan.
Sementara itu, insiden meragut nyawa itu nyata amat dikesali Kementerian Belia dan Sukan.
Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Setiausaha (KSU) KBS, Dr K. Nagulendran berkata, penganjur kejohanan berkenaan harus bertanggungjawab atas insiden terbabit memandangkan perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).
“Aktiviti hujung minggu lalu, kita sudah semak yang ia tidak mendapat kelulusan dan bukan program disokong KBS. Kita harap semua persatuan, kelab sukan menjalankan aktiviti dengan mendapat kelulusan daripada persatuan sukan masing-masing.
“Mereka juga perlu berdaftar dan mendapat kebenaran daripada PJS (Pesuruhjaya Sukan). Kami kesal insiden ini berlaku, penganjur harus bertanggungjawab, saya tidak rasa ia sesuatu yang betul apabila menganjurkan perlumbaan tanpa kelulusan dan langkah-langkah keselamatan.
“Selepas ini, pihak kami akan mengadakan perbincangan dan melakukan tindakan susulan dengan MAM. MAM juga perlu melakukan tindakan susulan dengan penganjur berhubung insiden berkenaan,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey, Sinar FM, Era FM, Buletin TV3 & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI