Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang kini terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan adik Bilal.
“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.
“Doakan ya semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.
“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.
“Saya mohon sangat kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya.
Perkongsian Syamsul itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikutnya yang sedih dan terkesan melihat penderitaan Bilal.
Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).
Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
Ads
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak mereka.
Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.
Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.
Entah apa yang difikirkan oleh penyanyi terkenal ini. Britney Spears telah mengumumkan kepada umum bahawa dia telah pun ‘mengahwini’ dirinya sendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil mengenakan busana gaun satin berona putih siap dengan layah labuh mencecah lantai.
“Hari yang mana saya mengahwini diri saya sendiri. Berkongsi video ini kembali kerana ia mungkin memalukan atau kelihatan bodoh.
“Tetapi saya rasa ini adalah salah satu perkara paling menakjubkan yang pernah saya lakukan,” tulis Britney pada kapsyen hantaran tersebut.
Imbas kembali, penyanyi yang diberi gelaran Princess of Popini pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini.
Suami pertamanya adalah rakan sekolahnya sendiri, Jason Allen Alexander, yang dikahwini selama 55 jam sahaja pada 2004.
Kemudian dia berkahwin dengan penari, Kevin Federline, pada tahun yang sama sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Terbaharu, Britney berkahwin dengan model dan jurulatih kecergasan, Sam Asghari pada 2022. Malangnya, perkahwinan itu bertahan selama 14 bulan sahaja.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Fina Jebat akhirnya menoktahkan persoalan ramai selepas mengesahkan dirinya telah pun selamat bernikah dengan bekas jurulatih pasukan bola sepak Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan Fina kepada sejurus konsert minggu keempat Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Bagaimanapun, Fina atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap program Famili Duo.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang telah memberikan komen yang baik-baik selama ini.
“Jadi saya harap agar anda semua dapat mendoakan saya dan keluarga serta terus menyokong saya dan Ayda Jebat di program ini.
“Saya rasa setakat itu yang boleh saya jawab buat masa sekarang,” katanya kepada MH.
Sementara itu, kakak kepada Fyna penyanyi, Ayda Jebat memuji keberanian adiknya atas perkongsian mengenai perkara berkenaan.
“Saya berbesar hati kerana Fina dapat memaklumkan mengenai perkara ini kepada semua pihak. Rasanya tiada apa lagi yang perlu dia kongsikan. Tak perlulah terlalu lanjut.
“Saya sudah anggap pihak media seperti keluarga saya sendiri. Terima kasih kepada semua pihak terutama peminat yang telah mendoakan yang baik-baik buat kami. Fokus kami sekarang adalah Famili Duo,” katanya.
Pada masa sama, Fyna memaklumkan suaminya juga sangat menyokong penglibatannya di dalam program berkenaan.
Sekadar info, Zainal merupakan bekas pemain bola sepak negara yang terkenal pada era 80-an dan 90-an.
Pada malam tadi, pasangan adik beradik itu telah pun dinobatkan sebagai pemenang mingguan program Famili Duo, membawakan lagu Bertakhta Di Hati atas persembahan menarik yang dipersembahkan.
Meloyakan dan menjijikan apabila pertama kali melihat gambar rumah kepada empat orang anak dara yang sangat kotor dan bersepah.
Persoalan pertama yang bermain di kepala, bagaimana mereka boleh tinggal di dalam rumah yang berkeadaan sangat kotor seperti ‘tongkang pecah’ ini?
Menurut sumber daripada sebuah portal, rumah tersebut dikelolakan oleh sebuah syarikat swasta sebagai hostel bagi menyediakan kediaman secara percuma kepada penuntut universiti swasta yang menjalani latihan amali.
Azimah, 26, berkata keadaan rumah itu disedari pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru ke hostel berkenaan.
Kata Azimah lagi, dia sangat terkejut apabila mendapati rumah tersebut dibiarkan dalam keadaan bersepah dan tunggang-langgang dengan pakaian dan barangan.
“Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.
“Malah sebaik melangkah masuk, kami ‘dihidangkan’ dengan bau busuk amat meloyakan.
“Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai,” katanya.
Beritahu Azimah lagi, dia sungguh tidak menyangka penghuni rumah tersebut yang bakal menerima segulung ijazah boleh membiarkan kediaman yang didiami mereka dengan sebegitu teruk.
“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.
“Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka,” ujarnya.
Menurutnya lagi, sehingga kini masih tiada tindakan yang dikeluarkan oleh pihak syarikatnya.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!