Hiburan

“Syamsul Yusof Sedia Lafaz Cerai Hari Ini Tapi Ira Kazar Tak Datang Mahkamah,” – Peguam

Share

Pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor pada Selasa bagi sebutan kes perceraian mereka.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais.

“Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan,” katanya kepada MH.

Susulan itu, Azmi berkata mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

“Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini m Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai).

Pada 19 Ogos, Azmi mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Published by
Aizam Manaf