Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tidak berdepan halangan untuk bertemu anak-anak berikutan isteri, Puteri Sarah Liyana memberikan kerjasama yang baik.
Menurut Syamsul, 39, walaupun rumah tangga mereka dilanda masalah namun dia dan Sarah tetap profesional berkaitan hal anak-anak.
“Syukur alhamdulillah, saya ada berjumpa anak-anak saya, Sarah pun beri kerjasama dengan baik.. walaupun saya tahu Sarah ada failkan tuntutan hadanah, hak penjagaan anak.
“Walaupun selama ini Sarah dan saya ada masalah, kami tetap profesional tentang anak,” katanya kepada MH.
Syamsul ditemui sebaik selesai prosiding pertama kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Dalam pada itu, Syamsul berkata tiada keperluan untuknya membuat sebarang perkongsian tentang perkara melibatkan keluarganya di media sosial.
“Pasal keluarga saya tak perlu nak share everthing.
“Setiap kali jumpa anak takkan saya nak share di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul melihat ujian yang melanda dirinya itu sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri.
“Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri.
“Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui.. hanya mampu bersangka baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.
Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Prosiding kedua tuntutan nusyuz pasangan ini akan dibicarakan pada 8 Mei ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya maya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.