Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mengakui dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni selepas ini.
Bagaimanapun, Adib berkata, dia menetapkan beberapa syarat buat Wany, seperti melabuhkan tudung serta tahu menjaga diri dan batas sebagai seorang isteri.
“Syarat paling utama saya beritahu dia, (untuk) labuhkan tudung itu sahaja.
“Kalau cakap bab masak, sekarang zaman dah berlainan… kemudahan banyak. Kalau duduk berdua nak beli bahan makanan (masakan) dah mahal, makan di luar lagi murah kadang-kadang,” seloroh Al-Adib.
Pasangan raja sehari ini ditemui pada majlis kesyukuran bagi meraikan perkahwinan mereka yang diadakan di Forest Valley, Cheras, pada malam Ahad.
Majlis yang diraikan secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, pihak media serta ahli kelab peminat Wany Hasrita.
Di dalam majlis tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan rona kelabu rekaan pereka, Eja Shahril.
Bakal menjalani kehidupan jarak jauh sebagai pasangan suami isteri, Wany berkata dia akan berulang alik ke Sarawak memandangkan suaminya masih lagi bekerja di sana.
“Kami sudah rancang untuk settle down (duduk bersama) tapi bukan dalam masa terdekat sebab masing-masing ada komitmen dalam kerjaya.
“Cuma buat masa sekarang, kami cuba untuk faham dan bagi saya sendiri, saya jaga apa yang perlu dijaga sebaik mungkin,” ujar Wany.
Bercakap mengenai rancangan bulan madu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini menjelaskan dia dan suami masih belum berbincang lanjut mengenainya.
“Esok baru nak fikir, selesai majlis… penat sebenarnya buat majlis ni. Nanti dah sempat rehat, baru kami scroll cari destinasi bulan madu.
“Mengenai anak pula, kami tidak tetapkan apa-apa… ada rezeki ada,” kata Wany lagi.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Wany selamat bergelar isteri kepada Al-Adib dalam sebuah majlis yang dilangsungkan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor, jumaat lalu.
Pasangan ini menjalinkan hubungan rapat sejak 2019 dan Al-Adib merupakan sepupu kepada kawan baik Wany sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI