Tidak dinafikan, ramai orang mengalami masalah kewangan atau hilang sumber pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu akibat penularan wabak Covid-19.
Baru-baru ini, penerbit dan hos Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi sekeping foto ‘direct message’ yang diterima daripada seorang individu.
“Potong gaji 80%? Ini pekerjaan atau ‘penghambaabdian’?,” tulisnya ringkas.
Individu berkenaan telah bertanyakan dan berkongsi perihal soal pemotongan dan pembayaran gaji terhadap pekerja.
Selain itu, individu tersebut mendakwa majikannya akan memotong sebanyak 80% daripada keseluruhan jumlah gaji miliknya.
Di samping itu, rata-rata netizen turut memberi pelbagai cadangan dan saranan yang boleh dilakukan oleh individu berkenaan.
Foto: Twitter Fedtri Yahya