Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah hospital swasta, hari ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syasya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram pada petang Isnin.
Menurut Syasya, kehadiran cahaya mata lelaki ini disifatkan sebagai anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT.
View this post on Instagram
“Pada permulaan tahun ini, saya mohon kepada Allah untuk hidup dipenuhi cinta dan tujuan. Sebagai gantinya, inilah pengakhiran kami pada tahun ini,” tulisnya.
Amanah Allah Yang Tidak Ternilai
Dalam pada itu, Syasya turut memaklumkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak pertama mereka itu Muhammad Yassir Hayyan.
“Alhamdulillah, berkat dan amanah untuk mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” kongisnya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Syasya turut berkongsi sepotong video yang memaparkan suaminya Nasrullah Mohd. Sapie sedang mendukung dan mengazankan bayi yang dibalut dengan kain berwarna biru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syasya dan bayi sentiasa berada dalam keadaan baik.
Malah, rakan-rakan artis juga turut menitipkan ucapan tahniah termasuk anggota kumpulan Dolla.
“Tahniah,” komen Angle Dolla.
“Tahniah Syasya dan suami,” balas pelakon Imran Aqil.
“Tahniah. Turut tumpang gembira untuk kalian berdua,” komen penyanyi, Yazmin Aziz.
“Welcome to the world little angel Yassir Hayyan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Pada September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira mengesahkan sedang hamil cahaya mata pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI