HomeBeritaSyatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar...
Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan sesiapa pun termasuklah rakan artis.
Jelas Syatilla, dia sedia untuk menghulurkan bantuan daripada peringkat awal sehingga mereka mahir untuk menguruskannya sendiri.
“Memang ada rakan-rakan artis yang cuba datang dan saya memang akan tolong. Kalau mereka buat silap dan bertanyakan soalan, saya rela hati nak bantu sebab saya ada pengetahuan serta ilmu.
“Kenapa pula saya nak berahsia atau simpan sendiri? Jadi, saya memang akan kongsikan segalanya daripada susun strategi sehinggalah nak cari stockist dan pelanggan. Saya memang terbuka untuk berkongsi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini turut menasihati para rakan artis untuk mula menceburi bidang perniagaan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.
Ads
“Saya pun banyak juga bercakap dengan kawan-kawan artis, sampai bila nak berlakon? Ambil sahaja saya sebagai contoh, saya dah berlakon lama sangat tapi saya tak boleh simpan duit macam mana saya simpan selepas berniaga.
“Sebab itu saya menyeru kepada mereka yang berlakon ini tidak salah tetapi tetap kena fikir juga apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebagai contoh selepas kita berkahwin, kemudian ada anak pula dan kita pun tak tahu apa akan jadi dengan rumah tangga kita nanti.
“Andai kata suami kita lari tinggalkan kita, kita harus secure hidup kita siap-siap. Itu yang saya kongsikan kepada mereka. Kena ada perancangan lain dan jangan harapkan hanya satu punca pendapatan sahaja,” jelasnya lagi.
Syatilla berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.
Ads
Ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan yang dia tidak akan mengenakan sebarang bayaran ketika memberi tunjuk ajar kerana dia mahu melihat lebih ramai lagi artis yang berjaya di dalam dunia perniagaan selepas ini.
“Saya memang tidak kenakan apa-apa bayaran. Walaupun artis tu saya kenal atau tidak, kalau mereka ajak berjumpa saya memang rela hati untuk berkongsi.
“Saya pun nak tengok mereka berjaya. Di kalangan artis di Malaysia, tak ramai yang berjaya buat produk mereka secara konsisten. Saya cuma mahu menjadi salah seorang yang terawal yang kekal di dalam dunia bisnes,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai statusnya sebagai jutawan, Syatilla mendedahkan dia sebolehnya mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Ads
“Saya tak tahu nak jelaskan macam mana, kalau ya sekali pun, itu rezeki Allah. Saya pun tak sangka tapi bagi saya gelaran jutawan tu tak membawa maksud apa-apa pun.
“Kalau saya jutawan sekalipun, saya akan gunakan gelaran tersebut bukan untuk membangga-bangga diri tetapi untuk beri manfaat yang lebih kepada orang ramai,” akhirinya.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor selebriti Dr Say Shazril mendedahkan isterinya, Dr Azura Abas dijangka bakal bersalin anak kedua mereka 18 Ogos depan.
Di dalam satu perkongsian menerusi Instgram buat tatapan umum, hos My Doctors ini turut berkongsi perkembangan kehamilan isteri.
“Bini due bersalin 18 Ogos bulan depan. Pregnancy kali ni ternyata sangat berbeza berbanding pregnantkan Ace dulu. Bini banyak mengadu sakit belakang, cepat penat & baby bump dia lain macam kebesarannya.
“Yet she is still great at being a mom for Ace & being a wife for me. Betullah kata orang, bini ibarat tulang belakang seorang suami. Bila dia penat2, sy turut rasa penat. Bila dia mengidam durian, sy turut mengidam durian,” tulisnya.
Say pada masa sama turut teruja dan tidak sabar menantikan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Usahawan yang juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Wan Maryam telqah discaj dari hospital apabila kedua mereka disahkan pulih Covid-19.
Malah, ibu tunggal ini turut memaklumkan perkembangan terkini mereka menerusi beberapa perkongsian di Instastory, pada Ahad apabila menjawab beberapa pertanyaan daripada pengkutnya di Ask Me Question.
“Alhamdulillah Mawar dan Maryam dah okay. My dad getting better.
“First sekali saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan ‘double M’ (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu doa-doa kalian yang banyak memneri semangat kepada saya dan keluarga.
“Walaupun kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa. Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” tulis Mawar.
Pada masa sama, Mawar turut bercerita mengenai simpton yang dialami mereka sehingga disahkan positif wabak tersebut.
“Alhamdulillah Maryam tak tunjuk apa-apa simptom, hanya demam tu pun time admit dah. Cheq pulak, emm tak tau nak habaq lagu mana, tapi lain orang lain rasa.
“Time bila sesak nafas, sakit kepala sekaligus datang sampai otak serta biul rasa. Tapi still control cun depan family sebab tak nak parents risau,” jelas Mawar.
Sementara itu dalam satu status lain pula, Mawar menambah dia turut mengalami demam beberapa hari sebelum sambutan tahun baru.
“Macam mana boleh kena? Bermula sebelum new year, cheq dah rasa demam setelah 4 tahun tak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga dah start rasa pelik jugak, pergi swab test,” jelasnya lagi.
Sekadar mengimbas, Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 lalu. Namun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah talak satu pada 10 Julai 2019 lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan Wan Maryam yang kini mencecah usia tiga tahun.
Foto: Instagram Mawar Karim, Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad, penyanyi Stacy mendedahkan dia dan suami tidak merancang untuk menimang cahaya mata kedua.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Pelangi Senja ini memberitahu, dia sudah bersedia dan tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat lagi selepas ini.
Malah Akim juga sudah tidak sabar untuk menimang anak kedua.
“Sebenarnya kalau nak tahu, anak saya yang bongsu sudah bertanya bila dia nak ada adik. Malah Akim pun ada ‘minta’ juga… macam tu lah. Jujurnya, saya tidak menolak untuk hamil lagi, cuma bergantung pada rezeki juga.
“Jadi saya harap semua doa-doakan sajalah yang terbaik untuk kami berdua, insya-Allah,” katanya.
Tidak hamil seperti yang disangkakan ramai baru-baru ini, Stacy menambah dia percaya rezeki dan semua berlaku atas keizinanNya.
“Sejujurnya kami memang tidak merancang dah hanya berserah sahaja. Kalau merancang pun, mungkin dari segi kesesuaian masa misalnya macam tahun lalu, saya nak keluarkan lagu single terbaru yang rancak jadi agak sukar sekiranya saya mengandungkan?
“Apa pun, kami okay saja dan ya, memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, cuma belum ada tanda-tanda ke arah itu.
“Kalau ada rezeki, pasti saya akan kongsikan berita gembira ini kepada semua,” katanya lagi.
Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam telah memeluk agama Islam dengan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.
Stacy kini telah mengunakan nama islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Selepas itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 8,dan seorang anak perempuan Eshaal Afiq Hakim,4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!