Syatilla Melvin Selamat Lahir Anak Ke-3, Shaheizy Sam Terus Upload Foto Lepas Bersalin

Share

Aktor popular, Shaheizy Sam menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, Syatilla Melvin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di Hospital KPJ Ampang Putri, Kuala Lumpur pada Isnin.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sam menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut pelakon filem Polis Evo itu lagi, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang komplikasi.

“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa korang.

“Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sam turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.

Menerusi entri yang sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi foto-fotonya bersama isteri serta anak bongsunya itu selepas selesai proses bersalin.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Sam dan Syatilla.

“Alhamdulillah. Tahniah Abang Sam dan Kak Tila. Selamat datang ke dunia Si Kecil.

“Tahniah Shaheizy dan Tilla. Semoga baby sihat-sihat hendaknya.

“Selamat berpantang Tilla. Tahniah.

“Semoga Bubu dan baby sihat sentiasa.

“Alhamdulillah dan tahniah baby Syawal,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Sam dan Tilla mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Shaheizy Sam

Published by
Aizam Manaf