Categories: Berita

Syatilla Melvin Tolak Persepsi Buat Bisnes Dengan Adik-Beradik Ni Susah – “Demi Allah Tak! Hubungan Inilah Rezeki Lebih Berkat Dan Luas.”

Share

Pelakon Syatilla Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins menyifatkan bisnes yang dilakukan bersama-sama adik beradiknya itu yang tidaklah sukar sebagaimana yang disangka ramai pihak.

Malah jelasnya yang selesa disapa Tilla ini, hubungan keluarga yang sedia ada secara tak langsung membuatkan rezeki yang diterima lebih diberkati.

Selain Tilla, jenama berkenaan turut diuruskan oleh tiga beradik iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa.

“Orang kata susah buat bussiness dengan adik beradik, betul ke? Demi allah tak!! Sebab hubungan adik beradik lah rezeki kami lebih berkat dan luas,” tulis isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini di dalam satu perkongsian di Instagram.

Dia pada masa sama turut menyenaraikan empat kunci sukses untuk berjaya dalam perniagaan yang dijalankan bersama adik beradik.

“Pertama, kena tahu kenapa kita decide buat bussiness sama2, kami yakin kami ada potensi besar utk tolong ramai org!

“Kedua, kami berempat dapat SUMBER DOA yang powerfull dari 1 ibu 1 ayah yg sama. Kami sekarang adalah hasil doa2 depa.

“Ketiga, bila elaun ibu ayah meriah setiap bulan, bayangkan la kalau sorang bgi rm2k sebulan darab 4 berapa sorang? Alhamdulillah rezeki depa susah payah besaqkan kami.

“Keempat, sentiasa ada antara satu sama lain. Tak kira dari segi apa sekalipun. Hang sesak? Aku tolong!Hang susah? Aku ada! Hang sakit? Takpa aku cover,” tulisnya lagi.

Dia pada masa sama turut memohon doa agar berupaya untuk membantu mengubah tarah hidup lebih ramai orang di luar sana.

“4 manusia, 4kepala yg berbeza, 4 fizikal dengan perangai yg memeningkan kepala ya allah.

“Doakan kami dapat terus bukak mata seluruh rakyat malaysia dan berjaya ubah seramai mungkin taraf hidup manusia yang semakin sesak dan xtahu mcmana nk bermula.

“Insya-Allah, mohon amin kan boleh?,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

Published by
MH