Pelakon Syida Melvin mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini memasuki minggu yang ke-26.
Perkara tersebut dimaklumkan adik kepada Syatilla Melvin ini menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram beberapa hari lalu.
Syida, 24, atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, berkongsi foto sejurus selesai melakukan pemeriksaan kandungan di sebuah hospital.
View this post on Instagram
“Harini, setelah 1 tahun 7 bulan lepas kelahiran anak sulungku @safasafeera kami kembali ke tempat bersejarah ni. Tak tau kenapa masuk2 ja hospital tadi utk checkup, terus rasa sejuk kaki tangan.
“Sebab teringatkan moment beranak last year Feb20. Whatever it is, itulah moment yg paling Cda rindu & suka sangat. Kalini Cda buat checkup dgn Doc @drimeldabalchin sama macam dekat Pia dulu.
“Hampa tolong doakan semua nya berjalan lancar ok? #26weekspregnancy,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikutnya turut menzahirkan dedikasi tahniah dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsi foto imbasan (ultrabunyi) 3D di Insta Stories dengan kapsyen ‘3 months to go! Assalamualaikum Baby Adik.’
Imbas kembali, Syida mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 32, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid pada Januari 2019.
Anak perempuan sulung mereka, sulung, Safa Safeera pada 20 Februari 2020.
Foto: Instagram Syida Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI