Pelakon Syida Melvin kini mahu cabar diri dengan meneroka dunia perniagaan baharu meski sudah sedia sukses membangunkan jenama kosmetik bersama kakaknya yang juga aktres, Syatilla serta adik beradiknya yang lain.

Syida, 25, berkata, dia cuba beranikan diri untuk bergerak secara solo dengan mengusahakan bisnes minuman, Madani Coffee.

Malah keputusan yang dilakukan tidak bermakna terdapat sebarang isu di antaranya dengan adik-beradik yang lain.

Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…” Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…” Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…”

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.

“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” katanya.

Ads

Mengusahakan minuman tersebut bersama suaminya, Shafiq Shaheen, pelakon drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…”

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida yang menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama jualan.

Ads

Sementara itu suaminya yang juga anak ‘Iron Lady’ AllahyarhamahDato’ Wira Dr. Maznah Hamid, optimis meneruskan legasi baik ibunya dalam soal membantu orang ramai terutamanya wanita dalam menjana pendapatan.

Menurut Shafiq Shaheen, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.

“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.

“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” katanya.

Ads

Berkongsi momen Ramadan bersama ibu tersayang pula, Shafiq Shaheen mengakui momen arwah ibu yang sering membawanya turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik memberi zakat kepada golongan sasaran.

“Momen itu meninggalkan kesan buat saya dan sehingga kehari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” katanya lagi.

Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…” Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…” Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI