Empat adik beradik selebriti The Melvins menjawab khabar angin yang mengatakan mereka kini bergelar jutawan muda.
Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins mempunyai jawapan tersendiri untuk menjawab dakwaan terbabit.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya.
“Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.
“Apapun, kami rasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.
Ads
“Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang kami usahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.
“Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” kata Syifa mewakili The Melvins.
Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.
Ads
Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.
Tambah Syifa lagi, dia bersyukur dikurniakan dengan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.
Ads
“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.
“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.
“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan sepertikrim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi yang pernah menonton drama bersiri Girlfriend Dari Neraka sudah pasti mengenali dengan pelakon Sharifah Sakinah. Malah gelagat spontannya juga jadi perhatian ramai.
Terbaru, Sakinah ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya dan ternyata gambar tersebut menjadi perhatian netizen.
Ini kerana, ibu kepada seorang cahaya mata itu dikatakan seksi menerusi foto tersebut.
Melihat di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen memberikan komen berbaur negatif terhadap pelakon berusia 30 tahun itu, meski ada yang memuji.
Untuk rekod, Sakinah bakal muncul dalam program komedi pentas All Stars Buka Panggung yang akan ditayangkan di Astro Warna dan Warna HD pasa 6 September depan.
Foto : Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui berasa amat bersyukur selepas lagu Peluang Kedua nyanyianya berjaya meraih dua kali Platinum Award.
Menurut Nabila, dia menganggap penganugerahan tersebut sebagai pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelahnya dalam mempromosikan lagu disifatkan amat berbaloi.
“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.
“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nabila turut berpendapat, antara faktor yang mendorong kepada kejayaan tersebut adalah hasil daripada kebijaksanaan pencipta lagu itu sendiri iaitu Heal Husaini dan MFMF kerana meghasilkan karya yang sangat berkualiti.
Katanya lagi, sebagai seorang penyanyi, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu akan dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.
“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.
“Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” jelasnya lagi.
Lagu Peluang Kedua telah pun berjaya memenuhi kritiria untuk meraih pengiktirafan 2x Platinium selepas berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000 terlebih dahulu.
Dalam perkembangan lain, Nabila memaklumkan dirinya bakal menerbitkan single terbarunya dalam masa terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini sudah bergelar pelakon, Khai Bahar telah membuat kejutan istimewa sempena hari jadi rakan artis, Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana.
Bintang wanita itu menyambut ulang tahun ke-35 hari ini.
Lalu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkongsi momen istimewa itu di akaun Instagram.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu telah menghadiahkan sebiji kek dan sekotak coklat kepada Nana.
Dalam pada itu, Nana juga dilihat ada meninggalkan reaksi comel di ruangan komen entri terbabit.
“Tq baby,” balas Nana ringkas.
Lantas, komen tersebut telah menjadi perhatian peminat dan rata-ratanya turut memberikan dedikasi buat Nana sempena hari jadi.
Dalam perkembangan lain, Nana telah bergandingan Khai Bahar menerusi drama Satukan Rasa yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Malah single yang turut mengambil tajuk sama juga berjaya disenaraikan sebagai antara 30 buah lagi yang bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini.
Video: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...