Berkongsi luahan hati di laman Instagram, Rozita Ibrahim menerusi rakaman video menyatakan kesedihan melihat kedua-dua anaknya jatuh tersungkur tatkala kehilangan ayah semalam.

Ulas pengasas Sendayu Tinggi ini, dia cukup terharu apabila berkesempatan menziarah bekas suaminya dan terkesima melihat keadaan jenazah yang disifatkan cukup sempurna dan berbau harum.

“Saya tak pernah tengok anak saya begitu down dan meraung sekuat-kuatnya bila kehilangan arwah ayahnya. Apa yang saya puji sangat. Saya yakin sangat arwah seorang yang beriman. Bila saya masuk bilik jenazah, mayatnya berbau sangat wangi. Seperti orang hidup senyum selebar-lebarnya.

Arwah suka memaafkan orang. Dia suka ziarah orang, penyayang, baik dengan anak saudara. Dan tidak taksub dengan keindahan dunia walaupun anak bedua ini sentiasa berikan kemewahan tapi dia menolak semua itu.

Ads

“Masa hari last dia datang ke rumah Syukri, Syukri buka dompet dia dan tinggal RM2.00,” ini adalah sebahagian kata-kata Rozita di klip yang dimuatnaik.

View this post on Instagram

Sy bercerai dgn ayahnya x memisahkan anak2.. sy nak anak2 berjasa pd abah mereka dr perkahwinan pertama ni kami ada arwah ani.. dn syukri anak ke3 .yati sulung . Sy kesian sifat ingin tahu kabarnya sentiasa ada dlm diri sy.. selalu sy berpesan dgn anak sy “jaga abah kamu sebaik2nya.. dia x bahagia dn kamu sbgai anak kena balas budi dn bahagiakan dia.. sama ada dgn tenaga atau wang ringgit.. kesian sgt dia klu dizalimi org lain sbb ayah kamu x sekuat mak”.. . Kami semua x percaya dgn pemergiannya sbb sblm ni arwah sakit xjaga makan ..xpantang dn xbuat pemeriksaan hospital..K .manis x terkawal 2 bulan lepas mengadu sakit dada , dtg ke rumah syukri seperti biasa dia mengziarahi ank lelaki kesayangannya.. dn setiap kali dia nak duit belanja makannya dia nk cari ketenangan nk manja2 dia akan jumpa syukri atau yati.. . Anak2 ni akan menyambutnya dn membeli apa keperluannya.. x pernah meminta kelebihan wang ringgit atau emas permata.. cukuplah sekadar anak bagi makan dn bagi duit belanja utk dia bersma keluarga barunya.. . Semoga yati dn syukri meningkatkan amalan dn mengirimkn sebanyak2nya doa dn sedekah ayat suci Al Quran supaya arwah abah tenang di sana..Berusahalah jadi anak yg soleh kerana itu lah yg kemenangan kami sebagai ibu dan ayah . Arwah org sopan dan baik sampai Doktor dn nurse sendiri x pernah tengok pesakit seperti ini..!! sebelum melakukan pembedahan arwah sudah mengalami tekanan darah yg rendah dn jantungnya drop semakin lemah.. . Mungkin kerana arwah terlalu takut dgn pembedahan..strees jantung xfungsi terus meninggal dunia.. apa yg menyedihkan kami semua dn mengejutkan kami.. arwah dtg dn menceritakan dia sesak nafas sudah lama.. tapi bila check di hosp kerajaan semua kata x ada penyakit apa.. . Bila syukri bawa kpd hosp swasta.. dikatakan jantungnya stage 3.. sayu bila syukri buka dompet x ada langsung duit dlm dompetnya dn selalu syukri membebel kpd nya.. setiap kali bagi duit kpd arwah ayahnya tu akan memberikan sedekah kpd org lain.. . Utk tahu ttg family sy tengok di blog rozitaibrahim.net

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Akibat tidak menjaga pemakanan dan tidak berpantang dengan betul, arwah jatuh sakit.

Ads

“Arwah org sopan dan baik sampai Doktor dn nurse sendiri x pernah tengok pesakit seperti ini..!! sebelum melakukan pembedahan arwah sudah mengalami tekanan darah yg rendah dn jantungnya drop semakin lemah.

“Mungkin kerana arwah terlalu takut dgn pembedahan..strees jantung xfungsi terus meninggal dunia.. apa yg menyedihkan kami semua dn mengejutkan kami.. arwah dtg dn menceritakan dia sesak nafas sudah lama.. tapi bila check di hosp kerajaan semua kata x ada penyakit apa.”

Ads

Menurut Rozita, setiap kali belanja diberikan kepada arwah, dia akan menggunakan duit itu untuk bersedekah sehingga tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri.

“Bila syukri bawa kpd hosp swasta.. dikatakan jantungnya stage 3.. sayu bila syukri buka dompet x ada langsung duit dlm dompetnya dn selalu syukri membebel kpd nya.. setiap kali bagi duit kpd arwah ayahnya tu akan memberikan sedekah kpd org lain,” ulasnya yang mempunyai tiga anak bersama arwah.

Foto – Instagram Rozita Ibrahim & Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI