Berkongsi luahan hati di laman Instagram, Rozita Ibrahim menerusi rakaman video menyatakan kesedihan melihat kedua-dua anaknya jatuh tersungkur tatkala kehilangan ayah semalam.
Ulas pengasas Sendayu Tinggi ini, dia cukup terharu apabila berkesempatan menziarah bekas suaminya dan terkesima melihat keadaan jenazah yang disifatkan cukup sempurna dan berbau harum.
“Saya tak pernah tengok anak saya begitu down dan meraung sekuat-kuatnya bila kehilangan arwah ayahnya. Apa yang saya puji sangat. Saya yakin sangat arwah seorang yang beriman. Bila saya masuk bilik jenazah, mayatnya berbau sangat wangi. Seperti orang hidup senyum selebar-lebarnya.
“Arwah suka memaafkan orang. Dia suka ziarah orang, penyayang, baik dengan anak saudara. Dan tidak taksub dengan keindahan dunia walaupun anak bedua ini sentiasa berikan kemewahan tapi dia menolak semua itu.
“Masa hari last dia datang ke rumah Syukri, Syukri buka dompet dia dan tinggal RM2.00,” ini adalah sebahagian kata-kata Rozita di klip yang dimuatnaik.
Akibat tidak menjaga pemakanan dan tidak berpantang dengan betul, arwah jatuh sakit.
“Arwah org sopan dan baik sampai Doktor dn nurse sendiri x pernah tengok pesakit seperti ini..!! sebelum melakukan pembedahan arwah sudah mengalami tekanan darah yg rendah dn jantungnya drop semakin lemah.
“Mungkin kerana arwah terlalu takut dgn pembedahan..strees jantung xfungsi terus meninggal dunia.. apa yg menyedihkan kami semua dn mengejutkan kami.. arwah dtg dn menceritakan dia sesak nafas sudah lama.. tapi bila check di hosp kerajaan semua kata x ada penyakit apa.”
Menurut Rozita, setiap kali belanja diberikan kepada arwah, dia akan menggunakan duit itu untuk bersedekah sehingga tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri.
“Bila syukri bawa kpd hosp swasta.. dikatakan jantungnya stage 3.. sayu bila syukri buka dompet x ada langsung duit dlm dompetnya dn selalu syukri membebel kpd nya.. setiap kali bagi duit kpd arwah ayahnya tu akan memberikan sedekah kpd org lain,” ulasnya yang mempunyai tiga anak bersama arwah.
Foto – Instagram Rozita Ibrahim & Aliff Syukri