Umum sebelum ini pasti sedia tahu mengenai kisah pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang ada mengambil seorang insan kelainan upaya (pekak dan bisu) sebagai salah seorang staffnya, Syukri.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kelibat pemuda berusia awal 20-an itu sudah jarang kelihatan menerusi mana-mana perkongsian milik pasangan ini di media sosial, hingga ada yang bertanya mengenai hal tersebut.
Lalu, awal semalam bagi menghentikan sebarang spekulasi andai akhirnya boleh memberi fitnah kepada mana-mana pihak, Shahida ada memberikan serba sedikit penjelasan mengenai hal tersebut menerusi Insta Stories.
Memetik apa yang ditulis ibu kepada empat cahaya mata ini, dia sebenarnya sudah malas untuk membuka cerita akan tetapi memikirkan ada yang cuba menabur fitnah, dia akhirnya terpaksa memperjelas bagi mengelakkan berlakunya salah faham.
Media Hiburan sebelum ini ada memuat naik video mengenai kisah awal Syukri yang mahu bekerja bersama pasangan usahawan ini menerusi YouTube.
Foto: Instagram DS Shahida