Pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan ibunya, Kamariah Ismail dengan jejaka pilihan, Abu Bakar Mahmud berjalan lancar, Sabtu lalu.

Kongsi bintang filem Duyung ini, dia mahu melihat ibunya gembira dengan pasangan baru dan mahu mereka mencari keserasaian sebagai pelengkap hidup antara satu sama lain.

“Syukur Alhamdulillah my Mummy dah diijabkabul smalam 17.8.2019 di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram . From wanting a super small do, terlebih sikit plak.

“Semuanya sebab anak2 mummy ni teringin nak tengok mummy dia bersanding. Tapi mummy taknak bersanding. Maka, kita tweak sikit.. Lol.

“Hey not many of us get to see our mum or dad sanding OK. In my case still tak sanding. Tapi naik pentas jugak laaa. Sangat happy dengan majlis yang kecil dan alhamdulillah mudah urusan kami smalam,” tulisnya. 

Malah, Yasmin mendoakan agar hubungan yang dibina ini kekal selamanya hingga akhir hayat.

“Moga mummy dan Abah ‘uncle Burn’, dapat mencari keserasian, persefahaman, kasih sayang dan menjadi pelengkap hidup antara satu sama lain.

“Moga Allah pimpin, melindungi, beri Kesihatan dan umur yang panjang lagi untuk mereka menikmati perkahwinan baru ini.

“Kami anak beranak mohon maaf sekiranya tak dapat menjemput semua untuk hadir kerana kami ingin kan majlis yang kecil-kecilan sahaja seperti permintaan pasangan mempelai, ewah mempelai.

“Please doakan kebahagiaan, Kesihatan dan kesejahteraan mereka. Abu Bakar Mahmud dan Kamariah Ismail,”kongsi Yasmin.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah my Mummy dah diijabkabul smalam 17.8.2019 di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram . From wanting a super small do, terlebih sikit plak. Semuanya sebab anak2 mummy ni teringin nak tengok mummy dia bersanding. Tapi mummy taknak bersanding 😅. Maka, kita tweak sikit.. Lol. Hey not many of us get to see our mum or dad sanding OK. In my case still tak sanding. Tapi naik pentas jugak laaa😜 Sangat happy dengan majlis yang kecil dan alhamdulillah mudah urusan kami smalam. Moga mummy dan Abah 'uncle Burn', dapat mencari keserasian, persefahaman, kasih sayang dan menjadi pelengkap hidup antara satu sama lain. Moga Allah pimpin, melindungi, beri Kesihatan dan umur yang panjang lagi untuk mereka menikmati perkahwinan baru ini. Kami anak beranak mohon maaf sekiranya tak dapat menjemput semua untuk hadir kerana kami ingin kan majlis yang kecil-kecilan sahaja seperti permintaan pasangan mempelai.. Ewah mempelai.. 🥰 Please doakan kebahagiaan, Kesihatan dan kesejahteraan mereka. Abu Bakar Mahmud dan Kamariah Ismail. #YasminHani #KamariahIsmail #MakAkuKahwinWoi #SyukurAlhamdulillah #MummyGotHitched

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on

Lalu,  di ruangan komen rata-rata turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua, disamping memuji kecantikan Yasmin manis berhijab.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram, Selangor yang dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat.

Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019

Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019

Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019

Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019

Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019

Foto : Instagram/ Facebook Yasmin Hani