Syukur Andai Dikurnia Zuriat Lagi, Mawar Rashid & Suami Percaya Pada Rezeki

Share

Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.

Anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan.

Kata Mawar kepada MH, dia bersyukur andai diberikan rezeki zuriat awal meski dirinya mengakui mahu beri fokus terhadap anak dan kerjaya untuk tempoh dua tahun sebelum memikirkan soal menambah ahli keluarga.

“Saya masih muda. Jadi saya okay sahaja kalau dikurniakan rezeki anak lagi.

“Akan tetapi buat masa sekarang saya dan suami perlu fokus pada Rafael yang kini sedang membesar terlebih dulu.

“Pada masa sama, saya baru sahaja kembali ke set penggambaran setelah lebih setahun berehat,” katanya.

Bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 ini baru sahaja muncul menerusi tele-movie seram, Penaklukan Syaitan siaran Astro Citra Exclusive, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya gembira. Kalau Allah dah bagi, kami syukur, terima sahaja,” terang Mawar lagi sambil dipersetujui suami, Raff Yaakob yang setia menemani isteri di sisi.

“Abang dengan kakak dia minta ‘babygirl’,” celah Raff lagi secara berseloroh.

Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan ini mengakui menyimpan impian memiliki dua lagi permata hati bersama (hasil perkahwinan terdahulu, Raff dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela).

“Saya hadir hadir dari keluarga keluarga yang besar. Jadi saya sangat gembira kalau dikelilingi adik-beradik yang rapat hubungannya.

“Kami saling menyokong dan bersyukur kerana ada keluarga yang sedemikian dan saua turut kongsikan ia bersama suami… Gembira kalau ramai anak, asalkan saya dan Raff mampu untuk jaga dan beri fokus,” jelas Mawar.

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Raff yang turut terlibat dalam dunia seni cukup sinonim dengan sukan bola sepak selain merupakan presiden kepada MyManUtd Malaysia Fan Club.

Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
Rafiq Mazlan