Aktres Rita Rudaini meluahkan pendapatnya susulan situasi pencegahan dan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini.
Berkongsikan persepsinya itu menerusi Insta Stories pada Khamis, Rita turut meluahkan pendirian agar tidak ulangi kesilapan sama.
Malah menerusi status seterusnya, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu turut bersyukur kerana belum mengalami demam meskipun telah berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Alhamdulillah, sejak ‘penyakit’ melanda, sampai PKP 2,3 kali dan sampai sekarang ini, saya tak pernah lagi demam. Syukur, alhamdulillah.
Ads
“Nak tahu saya amalkan apa? Scroll lah IG saya zaman-zaman Covid-19 dulu. Ala zaman-zaman satu Malaysia kecam saya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah,” tulisnya.
Ads
Sebelum ini, Rita Rudaini antara aktres yang pernah dikecam teruk dalam kalangan netizen apabila berpegang teguh dengan prinsipnya menentang pengambilan suntikan vaksin Covid-19.
Ads
Terdahulu, kes jangkitan Covid-19 kembali menunjukkan meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Bella Dally ada memaklumnya dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, tidak lama lagi. Turut sama mengiringi Bella ialah suami,Arif Izuddin.
Khabar gembira tersebut dikongsikan Bella menerusi Instagram.
“InshaAllah tak lama lagi, saya akan melihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah.
“Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan serta doa.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” kongsi Bella sambil disambut baik para pengikutnya.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016.
Namun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 2 Mei 2018.
Foto: Instagram Bella Dally
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengejutkan ramai pihak selepas memberikan bayangan dia kini tidak lagi bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“InsyaAllah masa merawat semuanya. Thank you for everything, take care,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran itu, Zulin turut memuat naik gambar hari pernikahan mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama di laman sosial masing-masing.
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnyaNor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!