Aktres Rita Rudaini meluahkan pendapatnya susulan situasi pencegahan dan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini.
Berkongsikan persepsinya itu menerusi Insta Stories pada Khamis, Rita turut meluahkan pendirian agar tidak ulangi kesilapan sama.
Malah menerusi status seterusnya, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu turut bersyukur kerana belum mengalami demam meskipun telah berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Alhamdulillah, sejak ‘penyakit’ melanda, sampai PKP 2,3 kali dan sampai sekarang ini, saya tak pernah lagi demam. Syukur, alhamdulillah.
“Nak tahu saya amalkan apa? Scroll lah IG saya zaman-zaman Covid-19 dulu. Ala zaman-zaman satu Malaysia kecam saya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah,” tulisnya.
Sebelum ini, Rita Rudaini antara aktres yang pernah dikecam teruk dalam kalangan netizen apabila berpegang teguh dengan prinsipnya menentang pengambilan suntikan vaksin Covid-19.
Terdahulu, kes jangkitan Covid-19 kembali menunjukkan meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini