Sempena keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang telah diumumkan Khamis lalu, penyanyi Wani Syaz turut berkongsi kenangan serta pengalamannya yang mengambil peperiksaan sama kira-kira enam tahun lalu.
Menurutnya sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram, dia pada awalnya ketakutan untuk mengambil keputusan.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Pendusta Cinta ini merakamkan rasa syukur kerana berjaya meraih keputusan yang baik.
“Teringat kenangan batch #1997 ambik result Tahun 2014. Ya Allah mcm gempa bumi jantung ni ketakutan.
“Tapi Alhamdulillah wani syukur gilaaaaa dpt 5A. smpai umi pon @annis_ummi nangis.
“Apa apa pun semoga berjaya buat adik adik utk perancangan akan dtg,” tulis Wani pada entri foto ‘throwback’ ketika dia masih di bangku persekolahan.
Foto: Instagram Wani Syaz