Pelakon dan usahawan, Wak Doyok meluahkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkongsi rezeki bersama para pesakit dan juga petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Jelas Wak Doyok yang juga merupakan pengusaha jenama SHUSHIWAK, dia bersama para ejennya telah menyediakan sebanyak 20,000 pek shushi untuk disumbangkan kepada pusat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

“Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang COVID-19 di MAEPS Serdang hari ini.

Ads

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Dalam pada itu, Wak Doyok turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat kuarantin tersebut kerana telah merialisasikan hajatnya itu.

“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal,” katanya lagi.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Wak Doyok sentiasa dimurahkan rezeki.

“Syukur, Dapat Kongsi Rezeki,” – Wak Doyok Sumbang 20,000 Pek Shushi Buat Pesakit & Frontliner Di MAEPS “Syukur, Dapat Kongsi Rezeki,” – Wak Doyok Sumbang 20,000 Pek Shushi Buat Pesakit & Frontliner Di MAEPS “Syukur, Dapat Kongsi Rezeki,” – Wak Doyok Sumbang 20,000 Pek Shushi Buat Pesakit & Frontliner Di MAEPS

Sumber: Instagram Wak Doyok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI