Walau memasak dengan kos di bawah RM20, namun air tangan isteri memang berbisa, pengikat kasih sayang.
Agaknya itulah situasi yang boleh disimpulkan buat merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
Jelas Fasha Sandha menerusi Instagram, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang tak banyak karenah, semuanya kena dengan selera bila dihidangkan makanan.
“Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2.
“Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot).
“Apapun kita semua kena bersyukur
Ads
Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci
Pekasam Paling Sedap di dunia
#taksempurnabyfashasandha,” katanya lalu diserta sedutan video pendek.
Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith mendedahkan dia masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori meski mengakui sudah memfailkan perceraian sejak Mei lalu.
Menurut Puteri Zarith, dia tidak dapat berkongsi punca proses perceraian mereka belum selesai dan mengambil waktu yang panjang, buat masa ini.
“Macam mana nak cakap ya… saya sudah failkan, masih on going. Kami sudah tidak tinggal bersama, sebumbung. Cuma doakan yang terbaik untuk kami dan anak-anak kerana apa yang lebih penting sekarang ini adalah emosi mereka.
“Namun, saya masih bergelar isterinya kerana proses perceraian masih dalam perbicaraan di mahkamah.
“Tidak dinafikan anak-anak paling terkesan dengan apa yang berlaku. Mereka juga sangat bijak dan kalau saya cakap lebih nanti saya bimbang mereka akan dapat tahu.
“Saya tak kisah apa netizen nak cakap fasal keretakan rumah tangga saya walaupun macam-macam spekulasi muncul.
“Saya terima apa saja komen dengan hati terbuka asalkan anak-anak bersama saya selamanya,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis PZ Launch Party di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Majlis sama turut diperkenalkan produk baharunya iaitu minuman bakar lemak, PZ The TehTarix yang sudah mulai djual sejurus pelancaran.
Puteri Zarith menambah, dia reda dengan ujian kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
“Tidak dinafikan apabila masalah ini datang, ia hadir secara tiba-tiba dan di luar jangkaan saya. Tapi saya ambil ujian ini sebagai cabaran untuk teruskan hidup.
“Selama saya hidup selama 39 tahun ini saya boleh katakan saya belum lagi berdepan masalah yang besar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah saya terdetik dalam hati ketika menunaikan umrah tahun lalu.
“Saya masih ingat lagi waktu itu saya berada di Masjid Nabawi dan terlintas dalam hati adakah Tuhan tidak menyayangi saya sebab selama ini saya selalu dengar Allah hadirkan ujian kepada hamba-Nya sebab Dia masih sayang.
“Tapi sebaliknya berlaku kepada saya sehinggalah saya balik ke Malaysia. Tak sangka ujian datang bertimpa-timpa. Walaupun dalam tangisan, saya tahu Allah masih sayangkan saya dan menerima apa yang berlaku ini dengan berlapang dada,”katanya lagi.
Terdahulu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.
Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Farah Nabilah dilihat kerap berkongsi fotonya sambil mengenakan selendang di laman media sosial Instagram.
Hasil tinjauan, dia tampil sopan ayu sejak bulan Ramadan yang lalu, lengkap berbaju kurung.
Lalu, perhatian yang diperolehi bintang drama Titian Cinta ini turut disusuli dengan pujian peminat.
Rata-rata daripada mereka terus mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu untuk menjaga penampilan sekaligus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
“Alhamdulillah berselendang, dah dekat dah tu utk fully bertudung ya nanti, aaminn,” puji seorang peminat.
“Ce akk bertudung kak inshaallah dh blh pakai selendang tu berhijab jela trus…moga allah merahmati kita,” tulis seorang warganet yang lain.
“Alhamdulillah.. Stay Safe gorgeous,” tulis seorang peminat.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Farah Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Idzham Ismail sering berkongsi kisah perihal rumah tangga bersama isteri tercinta, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella.
Malah, Idzham mengakui bahawa dia seronok untuk berkongsi mengenai kebahagian rumah tangganya secara umum buat mereka yang telah berkahwin atau yang masih mencari-cari erti kebahagiaan.
“You never quit on me. Thats why i never quit on our marriage. Ada orang suka share kebahagiaan dan tips rumahtangga walaupon baru setahun dua kahwin, ada juga yang menentang dan memerli.
“Teruskan share, saya sendiri inspired and semangat saya naik semula jika saya baca tentang kebahagiaan orang yang baru kahwin, sebab saya sendiri baru 3 tahun mendirikan rumahtangga,” tulis Idzham.
Dalam pada itu, pelakon Juvana tertarik dengan tips mengenai kebahagian sesebuah rumah tangga.
“Kenapa saya suka baca tips dari yang baru kahwin? Sebab ia lebih dekat dengan cerita kami berbanding yang dah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, saya tak cakap yang lama tu tak bagus cuma jiwa lebih dekat dengan yang baru.
“Cara hidup dan perasaan lebih memahami bila baca. Inshaallah kepada yang suka share pengalaman, teruskan, tak salah sebarkan yang baik2 dari menyebarkan fitnah dan kebencian.
“Anda tak poyo, anda mulia kerana sudi luang masa untuk kebaikan yang membaca,” kongsinya sambil disertakan gambar bersama Bella.