Penyanyi Bunga Isme berkongsi berita gembira dan syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.
Baru beberapa tahun terjun secara serius dalam industri seni, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkongsi beberapa foto berkaitan menerusi hantaran di Instagram buat tatapan peminat.
“First house. Alhamdulillah thank you kakak kakak yg membantu Bunga terutamanya kak @shira3q & kak @aqilahazmy.
“Proses & service yg cepat & friendly,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Foto: Instagram Bunga Isme