“Syukur Ramai Tegur, Maknanya Diorang Sayang,”- Padam Video Sebab Baju Dikata Kurang Sopan Lepas Ngaji, Ramai Puji Reen Rahim

Share

Sejak kebelakangan ini, pelakon, Reen Rahim sering kali berkongsi mengenai telatah ahli keluarganya lebih-lebih lagi ketika sedang mengaji Al-Quran.

Terbaru, Reen ada memuat naik sebuah video terkini di saluran Youtube miliknya memaparkan dia bersama ibunya sedang mengaji bersama.

Bagaimanapun, entri berkenaan difahamkan telah dipadam kerana Reen dikatakan terlepas pandang mengenai soal pemakaiannya ketika di dalam video tersebut.

Perkara berkenaan disedari oleh bapa saudara kepada Reen yang menghantar teguran tersebut menerusi aplikasi Whatsapp.

Perkara sama turut disuarakan oleh ibu kepada Reen yang menasihatinya supaya memotong bahagian video tersebut.

Akur akan kesilapannya itu, Reen kemudiannya membuat permohonan maaf selain turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menegur.

 “Maaf semua yang dah tengok Youtube tadi. Terima kasih atas teguran. Reen manusia biasa. Reen terlepas pandang. Nanti Reen up balik after cut umi urut belakang tu.

“Tolong slide sampai habis gambar ni. Syukur ramai yang tegur maknanya diorang sayang. Reen minta maaf semua,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Hantu Van Sewa ini menerusi sebuah entri yang muat naik di laman Instagram.

Malah menerusi entri terkini, Reen turut memaklumkan dia telah memuat naik video terbaru bagi menggantikan video terdahulu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Reen yang akur dengan kesilapan dan menerima teguran secara terbuka

Sumber: Instagram Reen Rahim

 

Published by
Aizam Manaf