“Syukur Segala Puji Bagi Allah,” – Tahniah! Selamat Bersalin Secara Normal, Erynne Erynna Kini Bergelar Ibu

Share

Pelakon, Erynne Erynna telah selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pagi Isnin.

Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh Erynee atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada masa sama, bintang filem Congkak itu turut mendedahkan nama bayi perempuan yang baru dilahirkan.

“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything. Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.

“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life (that I won’t lie about).

“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed #alhamdulillah #naturalbirth #normaldelivery #babygirl #augustbaby,” tulisnya.

Sekadar informasi, Erynne telah mendirika rumah tangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019.

MH mengucapkan tahniah kepada Erynne dan suami.

Foto: Instagram Erynne Erynna

Published by
Nazar Rafiqhi