Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Ads
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
Ads
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
Ads
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Fyna Jebat yang juga merupakan isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak, Zainal Abidin Hassan, 61, memaklumkan hubungannya bersama madu, Datin Zalina Zaini berada dalam keadaan baik dan mereka sudah berdamai.
Menurut Fyna atau Nurul Shafina Jebat, 29, dia mengharapkan hubungan baik yang dibina akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Dalam pada itu, Fyna menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk duduk semeja bersama madunya itu selepas insiden pergaduhan melibatkan mereka pada Januari lalu mengejutkan ramai pihak.
“Kalau untuk berjumpa sekarang ni saya sedang sibuk.
“Insyaallah saya pun tak kisah nak berjumpa, nak duduk, makan semeja… saya memang tiada masalah.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zalina didakwa berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka di sebuah restoran di Shah Alam.
Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka dan isteri pertama mendakwa adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu telah berkahwin dengan Zainal tanpa pengetahuannya.
Bagaimanapun, kemelut melanda mereka akhirnya terlerai apabila laporan polis yang dibuat telah ditarik balik selepas kedua-duanya mengambil keputusan enggan memanjangkan isu berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Datuk A Aida, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 8.40 pagi bagi mengikuti keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi diasaskannya, A Aida Production Sdn Bhd dengan pelakon Amelia Henderson
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, hadir ditemani rakannya.
A Aida selaku plaintif yang mengemukakan saman terhadap Amelia, Jun tahun lalu, berharap agar kemenangan berpihak kepadanya.
“Doa yang baik-baik sahaja… Semoga beroleh kemenangan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson selaku defendan, tiba lebih awal dengan ditemani ahli keluarga.
“Saya mahu bercakap dengan peguam saya terlebih dahulu (mengenai keputusan bakal diterima hari ini),” katanya ketika ditemui.
Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...