Tahniah diucapkan buat bekas pengasuh anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit yang telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya, 7 Februari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram kini menerima lebih 26,000 tanda suka, Dayah memaklumkan khabar gembira buat semua pengikutnya.
Sambil teruja dengan kehadiran permata hati, Dayah turut bersyukur kerana proses bersalinkan putera sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yang Kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran anugerah & amanahMu untuk kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
“Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pulak yaa.
“Semoga Allah SWT sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas dihujani dengan ucapan serta doa yang baik-baik buat Dayah seisi keluarga.
Terdahulu, Dayah yang baru sahaja melangsungkan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat perlaksanaan PKP, dikhabarkan terjatuh dari motorsikal ketika sarat hamil dan menunggu hari bersalin.
Dayah mendirikan rumah tangga bersama suami, pemain bola sepak Terengganu FC 11, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .