Genap 35 tahun pada 12 September lalu, Siti Sarah menzahirkan ucapan istimewa buat suami, Shuib dan menyifatkan kasih sayangnya pada lelaki itu bukan hanya bersandarkan kepada paras rupa.

Penyanyi terkenal ini turut meluahkan penghargaan buat ibu mertua kerana berjaya mendidik seorang pelawak ini menjadi seorang lelaki Budiman.

Sayang bile i tengok gamba ni i hampir tak kenal siapa ni.. padahal ni lah u dulu yg i kenal ..mengenali u bukan pada jasad u.. mengenali hati budi u.. yes im lucky.. syukur ya Allah kerana kau pinjamkan aku lelaki ini di dunia ini.

IKLAN

“Thank you mama melahirkan anak mama ni dan mendirik die menjadi lelaki yg baik.. happy birthday sayng .. i sentiasa dibelakang u mendukung cita2 u biar tinggi sampai kebintang i love u,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 telah dikurniakan tiga anak, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Foto : Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI