Tahniah diucapkan buat produser terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anaknya, Dr. Puteri Julia Nabilah telah selamat melahirkan bayi perempuan malam tadi.
Ziela ada berkongsi berita gembira itu menerusi Insta Stories miliknya, awal malam tadi.
“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah”, tulis Ziela.
Bekas pelakon itu sebelum ini ada menganjurkan majlis doa selamat serta sesi baby shower bersempena dengan cucu pertamanya yang bakal dilahirkan.
Untuk rekod, Dr. Puteri Julia Nabilah merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Julia diijabkabulkan bersama Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Foto: Instagram Ziela Jalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Semestinya Tak Banyak A Tak Jadi Manusia,” – Nad Zainal
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah pun diumumkan pada Khamis lalu.
Antara anak selebriti yang menjadi tumpuan ialah seperti penyanyi Datuk Nora dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Kedua-dua selebriti popular itu berbangga dengan pencapaian anak masing-masing yang lulus semua mata pelajaran.
Berkongsi sama pengalamannya dalam bidang akademik, pelakon Nad Zainal mempunyai pendapatnya tersendiri berhubung keputusan SPM.
Dalam entri itu, Nad memuat naik ketika zaman remajanya, yang mana dia merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik sebelum keputusannya sedikit ‘merosot’ ketika berada di Tingkatan 4.
Menurut pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu, dia menitipkan pesanan buat generasi muda agar tidak terlalu mengejar gred A, sebaliknya lebih memberikan fokus terhadap bidang yang menuntut skil dan kemahiran tertentu.
“Gadis skema, membaca buku atau baca majalah HYPE dan Utopia sahaja. A sentiasa dalam genggaman. Top skor 10 markah tertinggi sudah pasti.
“Masa ini cita-cita peguam. Macam penternak kucing bukan? Tapi bila 16 tahun jadi kurang bijak akademik, bijak berangan.
“Rupanya… lakonan bidang yang sesuai, industri seni. Keluarga saya tak ada satu pun berdarah seni. Adik-adik, carilah minat anda, gali kelebihan diri.
“Bukan kejar A semata-mata. Tak semestinya tak banyak A, tak jadi manusia ya adik?
“Banyak bidang yang menuntut skil atau kemahiran,” tulisnya di Instagram.
Dalam entri yang sama, pelakon berusia 32 tahun itu juga menanam impian agar kedua-dua anaknya, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, mempunyai profesion yang berkemahiran tinggi, tidak tipikal seperti kebanyakan ibu bapa yang mahukan anak-anak menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam atau akauntan.
“Saya harap semoga Som (Budi Kalsom) jadi cef atau pereka fesyen dan Yem (Fahad Ibrahim) pula jadi pelukis komik atau ahli muzik mungkin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maksimum Boleh Berjalan 15 Minit,” – Doktor Sahkan Tulang Belakang Patah, Aliff Syukri Tak Mahu Dibedah, Nak Cuba Cara Lain
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tahap kesihatannya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas tulang belakangnya dilaporkan patah.
Kecederaan yang mula disedari sejak minggu lalu itu telah menyebabkan dia sukar berjalan dan perlu memakai pelindung di bahagian pinggangnya itu.
“Saya ada masalah di bahagian pinggang. Sampai sekarang saya masih lagi rasa sakit. Kata doktor, pinggang saya patah. Kecederaan tersebut berlaku minggu lepas.
“Saya masih lagi menjalani rawatan susulan. Dalam enam bulan ini, saya akan dipantau pihak doktor. Saya juga masih pakai pelindung di bahagian pinggang. Berjalan pun agak bermasalah,” katanya ketika ditemui MH baru-baru ini.
Jelas penyanyi lagu Cuba Bahagi ini lagi, tulang belakangnya itu patah mungkin disebabkan kecederaan-kecederaan lama ditambah pula ketika ini dia sangat aktif melakukan aktiviti senaman.
Bagaimanapun, Aliff memutuskan untuk tidak menjalani sebarang pembedahan sebaliknya mahu mencuba rawatan alternatif.
“Kecederaan ini mungkin berlaku kerana saya kerap menjalani senaman yang perlu mengangkat beban berat. Mungkin juga kerana saya pernah terjatuh motosikal. Kemudian, saya pergi hiking pula. Makin lama makin teruk.
“Tulang saya memang rapuh sebab saya tak suka minum susu. Doktor saran untuk menjalani pembedahan tapi saya tak nak kerana saya masih muda.
“Saya nak dapatkan nasihat daripada doktor pakar lain pula. Buat masa sekarang, dah dua orang doktor kata perkara yang sama. Kini, saya nak cuba rawatan alternatif pula,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai kebimbangannya jika penyakitnya itu melarat, bapa kepada lima orang cahaya mata ini memberitahu, dia akan cuba bertahan selagi mampu.
“Saya bimbang juga tapi bila memikirkan fasal pembedahan, saya akan cuba bertahan selagi saya mampu berjalan. Orang mungkin nampak saya segak berjalan tapi saya sedang menahan sakit.
“Saya kini hanya boleh berjalan maksimum 15 minit. Selepas itu, saya kena duduk. Segalanya masih diperingkat baru. Doakan saya,” akhirinya.
Aliff juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga pinggangnya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Misi Bantuan Kami Pun Tak Viral Begini,” – Isteri Mohon Maaf Isu Persenda Nabila Razali, Mohon Jangan Label Atu Zero Artis Sombong
Selepas dikritik hebat netizen gara-gara
memberikan komen berbentuk sindiran
terhadap penyanyi, Nabila Razali sewaktu menjurikan program realiti The Mask Singer Malaysia, isteri kepada pelawak, Atu, Syafeeqa Johari tampil memohon maaf diatas ketelanjuran kata suaminya itu.
Menurut Syafeeqa, tindakan Atu itu hanyalah sekadar melawak namun, dia dan suami tetap memandang insiden tersebut sebagai satu pengajaran.
“Haih, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu…Atu…sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni.
“Minta maaf ya @nabila.razali . Dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya. Saya pon tengok
“Kami ni bukan siapa-siapa. Dia hanya seorg penghibur. Biarpon bukan pemegang anugerah apa-apa. Ibarat warna warni kehidupan,” tulisnya.
Pada masa sama, Syafeeqa turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang melabelkan Atu sebagai seorang selebriti yang mempunyai sifat hidung tinggi.
“Demi Allah tidak sombong insan yg bernama atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Syafeeqa dan Atu selain turut berharap agar insiden seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
“Sama-sama ambil pengajaran untuk masa akan datang. Atu memang tak berniat untuk menghina atau pun body shamming tapi dia kena jaga penyampaian dan pertuturan dia.
“Melawak macam mana pun, sensitiviti tetap kena jaga. Jadikan pengajaran selepas ini.
“Yang kenal Atu, tahu Atu macam mana. Sebagai peminat kami tahu Atu melawak.
“Tak mengapalah. Benda dah jadi. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Atu dan Nabila Razali. Dua-dua artis berbakat. Semoga murah rezeki keduanya,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, penyanyi, Nabila Razali akui sedikit kecewa terhadap komen Atu yang mengatakan dirinya tidak boleh menyanyi secara langsung ketika muncul di The Mask Singer Malaysia pada malam Jumaat.
Kata Nabila, dia menganggap komen tersebut sama seperti perbuatan body shamming.
Bagaimanapun, Atu difahamkan telah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadap Nabila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI