Penyanyi terkenal, Kaka Azraff berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
“Dukacita dimaklumkan ibunda tercinta Redida binti Aziz telah kembali ke rahmatullah (meninggal dunia),” tulisnya.
Memetik hantaran yang dikongsikan di laman Instagram Hlive, ibu kepada Kaka dikhbarkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Sementara itu, anak buah kepada penyanyi senior, Ella ini juga sempat berkongsi fotonya memegang tangan ibunya sewaktu menerima rawatan di hospital pada Sabtu.
“Syurgaku, dunia akhiratku,” tulisnya.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Kakak dan seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar.
Semoga Allahyarham ibu Kaka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kaka Azraff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shermine Minta Jangan Cabar Seorang Ibu Berjuang Demi Anak-Anak – “Ada Duit Ada Penyondol.”
Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi meminta supaya tidak sesekali mencabar wanita yang sedang mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.
Shermine atau lebih dikenali sebagai Ah Moi, berkongsi kenyataan tersebut menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Facebook miliknya.
“Mungkin kebanyak (kebanyakan) laki (lelaki) rasa Ah Moi buat viral macam ni memang giler betul.
“Tapi janganlah challenge (cabar) satu (seorang) ibu demi (berjuang) anak-anak dia.
“Usahawan dan influencer yang famous di luar sekarang, jaga-jaga perangai korang eh.
“Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun takde. Apa lagi,” tulisnya.
Terdahulu, nama suaminya yang juga usahawan dan pempengaruh media sosial, View Chin hangat diperkatakan netizen selepas Shermine mendakwa bahawa lelaki berkenaan berlaku curang dengan pekerja sendiri, dikenali sebagai Mira.
Malah, Ah Moi turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Nak Sangat Berada Di Majlis, Baju & Tudung Dah Beli,”- Rancang Kahwin Ogos, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Keluar Hospital Dulu
Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan dia dan tunangnya, Ubai berkemungkinan besar bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Ogos ini.
Meskipun belum mendedahkan mengenai tarikh sebenar, namun Shila memaklumkan segala persiapan sudah dibuat hampir 70 peratus.
Jelas Shila, dia dan Ubai mahu mengutamakan dahulu keadaan ibu Ubai, Rohani Jamal yang kini masih lagi dirawat di hospital susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat menghidap kanser ovari.
“Perancangannya memang sudah dekat. Ketika ini, ibu Ubai masih berada di hospital. Jadi, selagi ibu Ubai masih di hospital, kita tak boleh nak dedahkan apa-apa lagi.
“Namun, daripada segi perancangan pula, ia sedang berjalan seperti biasa iaitu 70 hingga 80 peratus. Perancangannya sedekat itulah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan fokusnya bersama Ubai ketika ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan stabil dan mampu untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka nanti.
“Bila tiba waktu yang sesuai dan ibu pun sudah keluar hospital, kita akan dedahkan tarikhnya.
“Bila ibu sudah keluar, barulah kami selesa nak berkongsi. Kalau kami bagitahu sekarang, perasaan kami jadi bercampur baur diantara teruja dan sebersalah. Memang ini perkara baik tapi lebih baik kita doakan kesihatan ibu dahulu.
“Saya akan ke China pada bulan September, jadi segala apa yang ingin saya adakah haruslah berlangsung pada Ogos,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shila turut berharap agar proses kemoterapi ibu Ubai dapat berjalan dengan lancar.
“Setakat ini, ibu Ubai sedang menjalani rawatan kemoterapi dan tarikh akhirnya adalah esok. Kemudian, dia akan meneruskan kitaran kemoterapi yang ke enam.
“Ibu Ubai nak sangat berada di majlis kami. Baju dan tudung dia pun kita dah beli. Persiapan untuk keluarga boleh dikatakan semuanya sudah selesai,” ujarnya lagi.
Jelas Shila, dia dan Ubai akan sedaya upaya memenuhi segala kemahuan ibunya menjelang hari bahagia mereka.
“Saya sangat rapat dengan bakal ibu mentua saya. Dia sangat baik dan sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya. Andai kata saya harus berpindah le China, memang dia sangat galakkan.
“Harapan ibu Ubai adalah untuk berjumpa dengan semua orang di majlis kami nanti. Sebagai anak sudah tentu kita akan dahulukan ibu,” akhirinya.
Shila mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert RockMantic Night Judika and The Gang yang berlangsung hari ini.
Selain Shila, konsert yang bakal berlangsung pada 21 Oktober depan di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menampilkan teraju utama Judika dari Indonesia serta dua penyanyi tempatan, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.
Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.
Untuk rekod, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sesiapa Yang Ambil Gambar, You’re Out Of The Team,” – Letak Syarat Ketat Buat Ahli Pasukan, Cara Altimet Hulur Bantuan Dipuji
Penyanyi rap, Altimet mendedahkan dirinya telah meletakkan syarat yang tegas kepada mereka yang ingin menyertai pasukannya untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas pendapatannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, selain daripada mematuhi segala prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, mereka juga hendaklah memastikan misi ini dijalankan tanpa melibatkan sebarang aktiviti bargambar atau merakam video.
“Hari ini kita akan teruskan lagi misi kita. Setiap seorang satu kereta. Anda hendaklah bergerak mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
“Tolong ikut SOP dan pakai glove. Sekali lagi diingatkan jangak ambil gambar siapa-siapa. Sesiapa yang ambil gambar kemudian upload di media sosial anda akan dikeluarkan daripada pasukan ini.
“Tolong jangan pandang rendah kepada mereka ini. Mereka adalah jiran-jiran kita. Dugaan seperti ini juga boleh berlaku kepada kita,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bunga itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Altimet turut mengingatkan para ahli pasukannya untuk tidak memandang rendah terhadap mereka yang memerlukan bantuan kerana menyifatkan dugaan sebegini juga mampu terjadi kepada diri kita sendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara yang ditunjukkan oleh Altimet selain turut menitipkan doa semoga segala urusannya dipermudahkan.
“Steady bang. Bagi bantuan takde nak tunjuk-tunjuk relax je. Sekarang ramai orang yang bagi bantuan mesti nak post and amek gambar. Respect bro Altimet dan team.
“Kerja yang sangat mulia. Semoga Allah memberkati kerja amal kamu semua.
“Alhamdulillah, ada juga yang macam ni. Syukur respect salute,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI