Memberi peringatan buat pasangan suami isteri, usahawan Rozita Ibrahim mengharap agar para isteri harus taat kepada suami kerana syurga di bawah telapak kaki mereka.
Tambahnya lagi, kaum suami pula pada masa sama perlu taat juga kepada kedua orang tua jika tidak mahu menjadi anak derhaka.
“Assalamualaikum sahabat followers yg bonda muliakn..berpagi hari bonda dtg berposter lg..
“Buat para2 isteri.. taatlah kpd suami..!jgn sesekali melawan dia.. sbb solat kita..ibadah kita..x kan berkat..!mentah2 akn ditolak oleh Allah..
“Taat pd suami bkn maksud kita takut pd dia..taat suami sbb perintah Allah..!!berserah shj dgn hukum dn ugama Allah..jgn sesekali kita melawan suami sbb shurga kita dibawah telapak kakinya..
“Utk suami pula.. taatlah pd kedua org tua anda..haram klu harini kamu makan kenyang..tp mak ayah kat kampung kurang makannya..! derhaka namanya..
“Bersikap jujur lah pd isteri..jgn sesekali menipu isteri anda,” tulisnya.
Perkongsian ini memberikan pelbagai dimensi dalam pengertian taat kepada suami. Ulas netizen, baiknya lelaki dapat dilihat bagaimana dia menyantuni ibu dan ahli keluarga yang lain.
Keperibadian isteri adalah cerminan suami.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI