Penyanyi Siti Sarah meluangkan masa lebih dua jam turun melihat sendiri rakan media yang bertugas di pintu Istana Negara berikutan senario politik semasa.

Beliau melahirkan rasa kagum dna hormat dengan tugas rakan media yang sanggup berkumpul di bawah panas bagi mendapatkan berita terkini.

IKLAN

“Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media lelaki dan perempuan yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.

“Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka,” katanya.

Penyanyi lagu Semakin itu turut membawa bersama minuman Bubble Bee dan Stik Madu yang diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan.

IKLAN

Siti Sarah turut teruja apabila berpeluang melihat sendiri ketibaan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba memasuki Istana Negara.

Beliau berkata, bukan semua mampu melalui rutin yang dilakukan dan semua pihak wajar menghormati setiap pekerjaan yang dilakukan.

Siti Sarah juga meluangkan masa berbual dengan anggota keselamatan yang bertugas dan berkongsi minuman dan madu dengan mereka.

“Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat sendiri situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri.

“Bagi saya hari ini saya belajar sesuatu yang baharu dan saya mendokan kita semua terus hidup aman dan damai sentiasa,” katanya.

Sedang popular dengan lagu Dap Dap Dap, Siti Sarah berkata, beliau juga bakal melancarkan video klip single berkenaan serta satu kejutan.

“Ada sesuatu yang istimewa, saya akan kongsi nanti,” katanya.

Sarah meluangkan masa lebih dua jam dan meninjau dua pintu masuk Istana Negara bersaman pekerja Bubble Bee.

Sebanyak 200 cawan minuman Bubble Bee Black Pearl dan Diamond Pearl serta 300 stik madu diedarkan kepada rakan media dan anggota keselamatan.

Siti Sarah

#MHvideo Berbagi rezeki, Siti Sarah turut serta agihkan minuman buat rakan media dan anggota keselamatan yang bertugas hari ini di perkarangan istana. Love!

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 27 February 2020