Usaha untuk membantu Zamani Ibrahim, 51, menampung kehidupan selepas pembedahan diteruskan dengan pelancaran sebuah tabung khas, malam tadi.
Tabung yang dibuka untuk tempoh sehingga 24 jam itu diumumkan Datuk Aznil Nawawi ketika Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.
“Sebelum ini kutipan dalam tempoh kurang 32 jam, kita berjaya kutip RM122,000 untuk kos pembedahan tulang belakang yang dianggarkan RM80,000 hingga RM90,000.
“Lebihan wang tabungan itu boleh digunakan untuk kelangsungan hidup Zamani selepas pembedahan.
“Saya berterima kasih kepada peminat Zamani dan dapat menularkan akaun ini bagi mengumpul dana meneruskan kehidupan selepas pembedahan dan tabung ini akan dibuka selama 24 jam.
Ads
Menurut Aznil, Zamani tidak selesa meminta wang serta belas ihsan sebaliknya dia lebih rela bekerja menyanyi di konsert demi konsert bagi mengumpul wang untuk membiayai pembedahan.
“Walau bagaimanapun, saya memilih untuk memendekkan usaha tersebut dan secara diam-diam membuka tabung untuk Zamani.
“Saya tak sangka dia masih bersemangat menghiburkan peminat walaupun dalam keadaan sebegitu,” kata Aznil.
Sebagai permulaan, Aznil membuka lelongan beg berjenama mewah kepunyaannya berharga RM15,000 untuk tujuan tersebut.
Ads
Bagaimanapun tidak sampai 20 minit beg tersebut telah dibeli oleh penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris yang terlebih dahulu diundang menjadi pembaca doa pada konsert tersebut.
“Selepas berbincang dengan isteri, kami setuju beli beg tersebut sebab kami memang peminat Zamani.
“Bukan kerana jenama beg tersebut tetapi kerana saya memang berniat membantu Zamani,” katanya.
Ads
Vokalis kumpulan Slam itu bakal menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis, awal November depan.
Terdahulu, konsert anjuran Indera Entertainment turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman.
Selain Aznil, konsert itu turut menampilkan persembahan rakan artis bertaraf lagenda seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta Fauziah Latiff dan disaksikan 2,000 penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti televisyen dan radio terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Pengacara berkaliber itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya yang menampilkan slip digital keputusan penuh 8A.
Bersama hantaran itu, dia menulis, “Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah… Syukur! Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi. Sebak menangis mama dan daddy hari ini. Syukur.”
Kemudiannya dalam satu lagi hantaran yang berbeza, bapa kepada empat cahaya mat aitu memuat naik video reaksi anak sulungnya apabila mendapat tahu dia memperoleh keputusan cemerlang.
Dalam video berkenaan dapat dilihat Fedtri memberikan telefon bimbit kepada Indah Sutera Jannah agar membuka keputusannya sendiri.
“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Amin, kakak tak sangka dapat 8A.
“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa-apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” titip pengacara Jejak Rasul itu bersama hantaran tersebut.
Sehingga kini video yang dimuat naik itu menerima lebih 33 ribu tanda suka dan ditonton lebih 360 ribu kali.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam menyaksikan satu sejarah negara apabila puluhan ribu manusia membanjiri kawasan Dataran Merdeka serta beberapa lokasi lain bagi menunjukkan solidariti bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Antara yang turut hadir di himpunan tersebut adalah pelakon baru, Atiq Azman yang dilihat memuat naik foto di laman Instagramnya.
Atiq Azman mulai dikenali setelah membintangi drama rantaian popular, Nur di samping Syafiq Kyle.
“Bantah ICERD, Hidup Islam! Takbir! #icerd #HidupIslam #Himpunan812,” tulisnya di kapsyen.
Bagaimanapun, foto itu kemudiannya dipadam daripada laman Instagramnya itu.
Dianggarkan, seramai lebih 50 ribu orang berhimpun semalam memakai pakaian berwarna putih sebagai tanda kesyukuran meraikan kejayaan menolak ICERD semalam.
Media melaporkan peserta-peserta himpunan yang terdiri daripada lapisan umur mula memenuhi kawasan kompleks membeli-belah SOGO dan kawasan sekitar sejak jam 6.30 pagi lagi.
Turut muncul di himpunan tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Untuk info, ICERD ini dibuat adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum dan mempromosikan toleransi antara semua bangsa dan kaum.
Malaysia merupakan salah satu negara yang menolak sepenuhnya ICERD daripada 15 buah negara.
Perkongsian foto daripada bintang baru itu turut mendapat komen pelbagai daripada para pengikutnya di Instagram.
Foto/Instagram: Atiq Azman & Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!