“Tag Rakan Anda Yang Masa Nak Minta Pinjam Duit Nangis, Dah Dapat Hilang Taktau Pi Mana,” – Fadzil Zahari Dakwa Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang

Share

Pelakon yang juga suami kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang dengannya.

Bagaimanapun, perkara tersebut didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini.

Perkara tersebut dimaklumkan Fadzil menerusi satu posting di Instagram miliknya beberapa hari lalu.

“Selamat ulang tahun ke 5 hutang Zery Zamry, moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya…agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.

“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah.

“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.

“DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!,” tulisnya pada ruangan kapsyen. 

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para pengikut di Instagram miliknya turut memberikan pandangan masing-masing.

Foto: Instagram Fadzil Zahari

Published by
MH