
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada memuat naik foto lamanya bersama suami, pelakon Ejoy Azhari bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka berdua Februari depan.
Meski masih lama namun bintang itu sengaja memuat naik foto mereka bagi mengelakkan lupa.
Foto penuh makna itu dikongsikan Shahirah menerusi Instagram. Bagaimanapun, kapsyen lucu yang ditulisnya lantas mendapat perhatian peminatnya.
“Happy anniversary…..blekk…..tapi bukan hari ni tahun depan bulan 2..ni sbb takut lupa.
“Hashtag tail lalat buang kat sg.wang..tapi kedai tu dah takde jgn tanya satu taik lalat 10 hinggit,” tulisnya.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anzalna Lancar Misi Kumpul Dana, Ikhtiar Selamatkan Nyawa Kanak-Kanak 4 Tahun Hidap Tumor Paling Jarang Dijumpai Di Dunia

Pelakon Anzalna Nasir mengajak orang ramai mengumpul dana bagi membantu seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth yang menghidapi tumor.
Mas Muhammad Luth atau Luth, 4, disahkan menghidap high grade glioma tahap empat iaitu sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala.
Penyakit ini juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.
“Saya memang sudah mengenali Luth sejak kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Anzalna juga mengenali ibu kepada Luth iaitu Hazirah yang juga merupakan teman rapatnya.
Hazirah yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak sudah banyak mengeluarkan wang simpanan untuk sesi rawatan sejak didiagnos pada 31 Januari lalu.
“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bawasanya kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.
“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya lagi.
Anzalna pada masa sama berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara.
Terkini, keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera di bawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.
“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.
“Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya lagi.
Sementara itu, Anzlana menerusi Instagram turut menitipkan luahan susulan ujuan yang dihadapi kanak-kanak ini.
Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon ramai untuk sama-sama meringankan beban dan mendoakan yang terbaik buat Luth.
Sumbangan boleh disalurkan secara terus melalui; https://bantuan.hollow-web.com
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Lari Daripada Sambutan Normal Yang Gah,” – Sempena Ulang Tahun, TV Alhijrah Serah 100 Bakul Makanan Buat Orang Susah

Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-14, stesen TV Alhijrah memilih untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah Saifulizan Sidek berkata, inisiatif program ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ itu cuba lari daripada kebiasaan sambutannya.
“Majlis hari ini kita adakan bersempena ulang tahun TV Alhijrah yang ke-14. Kita cuba untuk lari daripada sambutan normal yang biasa kita buat sebelum ini.
“Walaupun TV Alhijrah telah melangkah ke satu tahap yang baharu, kami tetap mahu berkongsi program-program yang jarang kita tunjukkan di kaca televisyen.
“Program Hijrah Perihatin ini sangat signifikan buat kami. Ramai ingat kami ini hanya aktif di tv sahaja tak tidak turun ke lapangan untuk berinteraksi langsung dengan penonton.
“Jadi, kami jadikan program ini sebagai medium untuk TV Alhijrah menyantuni penonton-penonton kita yang kurang bernasib baik. Sejak lapan tahun penubuhan Hijrah Perihatin, kita telah menyantuni hampir 40,000 orang,” katanya kepada MH.
Sambutan ulang tahun TV Alhijrah dan program Hijrah Perihatin telah berlangsung dengan jayanya di Muhibbah Seafood Restaurant, Kampung Sungai Penchala, baru-baru ini.
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah akan sentiasa berusaha menggunakan platform yang tersedia bagi menarik mingat golongan korporat untuk turut sama terlibat di dalam usaha murni ini.
“Misi kami adalah untuk pastikan golongan miskin ini tidak berasa ketinggalan. Kami nak tunjukkan kepada mereka bahawa ada orang yang ingin bersama-sama mereka untuk menempuh ujian dan dugaan.
“Kemiskinan ini ada di mana-mana sahaja. Kami akui yang kami tak mampu pergi ke semua tempat. Jadi, inisiatif kami adalah
untuk paparkan program seperti ini di TV Alhijrah dalam bentuk kapsul atau berita.
“Kami bukan nak menunjuk namun kita nak galakkan golongan-golongan korporat untuk sama-sama menyumbang. Jadi, diharapkan inisiatif kecil ini dapat beri impak kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.
Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar.
“Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kongsinya lagi.
Terdahulu, pada majlis sambutan ulang tahun itu, sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.
Bakul makanan tersebut merangkumi makanan keperluan asas seperi minyak masak, beras, telur dan macam-macam lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Pergi Scan Rahimnya Sendiri Dan Terhasillah…,” – Genap 5 Minggu, Dr Say Jelaskan ‘Kantung’ Isteri Sedikit Kosong & Penyek

Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau sinonim dipanggil Dr Say sekali lagi berkongsi perkembangan isterinya, Dr Azura Abas yang sebelum ini telah pun melakukan Urine Pregnancy Test (UPT) bagi mengetahui samada dia berbadan dua atau sebaliknya.
Jelas doktor viral ini, isterinya ada pergi melakukan imbasan rahim sendiri dan hasilnya telah pun dikongsikan Dr Say.
Dalam satu hantaran bersama kapsyen panjang lebar, Say memberi gambaran perihal kantung si isteri.
Dia bagaimanapun positif dan terharu atas doa ramai serta ucapan yang diterima.
“Tarikh terakhir period bini was 26.5.2020. Maka hari ni tepat2 dia 5 minggu.
“Xtau dia excited sangat atau dia nervous sangat dia pergi scan rahimnya sendiri & terhasil lah gambar di atas yakni kantung sedikit kosong & penyek (yelaa baru 5 minggu kot).
“Lepas tu mula lah dia meluahkan kerisauan dia kepada kita.
“Kita si suami apa lagi, risau lah jugak sebab kantung tu bukan dalam badan kita maka kita pun taktaulah perasaannya.
“To be honest lepas kena ceramah sakan dengan bini aritu (akibat btau satu dunia keputusan UPT dia) sy jadi agak cuak sebab mana ada orang cerita kat satu dunia keputusan UPT.
“Cuak sebab yelah risau sekiranya harapan menggunung kami tidak menjadi pasti sedih gila. Kalau tak bagitahu seantero dunia mungkin bini & hati ni lebih tenang.
“Tapi response yg diterima & doa yg dilafazkan kalian cukup menggalakkan,” tulisnya.
Hos program My Doctors ini turut menzahirkan ucapan terima kasih atas desikasi yang diberikan semua sambil mengakui segala yang berlaku adalah ketentuan dariNya.
“Maka dalam kesempatan ini sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas setiap doa & positive wishes kalian bagi kandungan kami ni. Nervous memang nervous.
“Sekali tak keluar selagi tu lah nervous. Tapi kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan segalanya. Kalau dah nampak iras hidung mancung, mata besar, kulit cerah saya, nanti sy update kalian k?
“Kalau jadi, kali ni serius Say Jr kao kao kao ah,” titipnya optimis.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata pengikutnya memberikan reaksi dan berdoa agar rezeki zuriat akan dimakbulkan buat mereka.
Pasangan doktor ini berkahwin pada 30 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka kini bahagia harmoni bersama seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Dr Say Shazril
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI